BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 10, 2009

Takut Kepada Allah
















asalamualaikum
Wahai para pembaca hari ini saya ingin berkongsi tentang Takut kepada Allah, Kia mesti dan wajib takut kepada Allah kerana dialah menjadikan kita dan semua isi alam ini. semua yang ada di dunia ini mengambarkan kebesaran dan kemulian serta kegagahannya yang tiada tandingan.

Al hassan Al basri dari Jabir r.a berkata rasulullah S.A.W bersabda: seseorang mu'min di antara dua ketakutkan, antara ajal yang sudah lalu, tidak tahu apakah yang akan di lakukan Allah baginya. dan ajal yang akan datang jugat tidak tahu bagaimana keputusan Allah terhadap dirinya. kerana itu seharusnya seorang hamba membekali dirinya dengan amalnya sendiri untuk keselematan dirinya, dan dari dunia untuk ke akhirat dan dari hidup untuk matinya, maka demi Allah yang jiwa Muhammad ada di tangannya, sesudah mati tidak ada kesempatan untuk meminta ampun, dan sesudah dunia ini tidak ada tempat selain surga atau neraka

Seorang hakim berkata: kesedihan menyebabkan tidak suka makan danketakuta menyebabkan menjauhi dari dosa, dan pengharapan menyebabkan membuat taat, dan ingat akan mati menyebabkan tidak mencampuri apa yang bukan kepentingan.

Rasulullah SAW bersabda : Jika merasa gentar hati seorang mu'min kerana takut kepada Allah maka runtuh dosa dosanya bagaikan daun kering yang runtuh dari pohonnya.

Rasulullah SAW di tanya: siapakah keluargamu ya rasulullah? jawabnya : Keluarga ku ialah tiap mukmin yang bertakwa hingga hari Kiamat. Ingatlah bahawa wali waliku ialah orang yang muttaqin, dan tiada kelebihan bagi seorang pun di antara kamu kecuali denga taqwallah azza wajalla.
moga kita semua di beri taufik dan hidayah dari Allah dan di rahmati di dunia dan di akhirat. Amin










0 comments: