BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 7, 2009

Maulud Nabi




Assalamualaikum

Alhamdulilah serta selawat dan salam kepada junjungan bersar Nabi Kita Nabi MUhammad S.A.W. hari ini adalah hari 1o rabiulawal 1430 hijrah. Hanya tinggal dua hari saja lagi untuk menyambut kelahiran Nabi Kita Nabi Muhammad S.A.W pada 12 Rabiulawal 143o hijrah, seperti biasa setiap tahun akan di adakan perarakan di negara kita Brunei Darussalam dan di kepali Oleh pemimpin kita Sultan Haji Hasanal Bolkian dan keluarga.

Mari kita kenang wahai umat Nabi Muhammad S.A.W perjuangan Nabi kita yang membawa cahaya islam keseluruh dunia. Wahai para pembaca mari kita liaht kepada diri kita sejauh mana ita mengenal dan mengenang Nabi kita. Adakah kita mempertahankan apa yang di pertahankan olehnya. Adakah kita mengikut sunnah Nabi kita dan berSalawat padanya setiap hari sekurang kurangnya 100 kali sehari bukan saja ketika kelahiranya tapi setiap hari dan saat. Jika kita mencintainya seperti mana kita merayakannya setiap tahun marilah wahai pembaca kita Taat perintah Allah Cara Nabi Muhammad S.A.W.

Disini saya ingin berkongsi Sedikit Sejarah Tentang Kekasih Allah ini (Nabi Muhammad S.A.W)

Nabi Muhammad S.A.W adalah rasul akhir zaman yang di utus oleh Allah Kepada Umat manusia dan Umat Jin. Dari semenjak baginda di bangkitkan sebagai rasul hingalah dunia Qiamat.Seperti sabda beliau;

Tidaklah aku di utuskan selain untuk mengajak manusia dan jin kepada mengesakan dan mengabdikan diri kepada Allah swt melainkan jugak untuk mengajar meraka budi perkerti yang indah dan mulia.

Salasilah Keturunan Nabi

Qusai Datuk Nabi Paling terkemuka.

Qusai adalah datuk nabi yang ke empat dan yang paling terkemuka. Nama sebenar beliau adalah Amru. Qusai Bin Kilab adalah pembesar Quraisy yang pertama memegang banyak jawatan al-hijabah dari tangan pemeganganya daru suku Khuza'ah usianya ketika itu 50 tahun.Qusai bin kilab berkahwin dengan anak Hulail bin Hubsiay (pemegang kunci kabaah) anak perempuan yang bernama Hubba binti Hulail.Hasil perkahwinan Beliau ada 3 orang anak lelaki yang mashur.
Yang sulung bernama Abdul Dar, yang kedua bernama Abdul Manaf dan yang ketiga bernama Abdul Uzza.

Datuk Nenek Nabi

Keibawaan Datuk Nenek Nabi

Nabi Muhammad S.A.W adalah fari keturunan bangsa Arab Quraisy yang terus menerus bersambung dengan Nabi Ibharim as melalui anaknya Nabi Ismail as. Apa yang jelas ialah di dalam diri Nabi Muhammad S.A.W terdapat campuran tigha bangsa darah.Pertama Darah bangsa Babil iaitu darah Nabi ibharim as Yang mengalir dalam badan Nabi islmail as. Kedua darah bagsa Qibti ia itu darah siti hajar yang juga mengalir dalam tubuh Nabi Ismail dan yang ketiga Darah Arab Jurhum ia itu darah istri Nabi ismail.

1. Ma'ad Bin Adnan
Datuk Nabi yang kesembilan belas. Beliau adalah anak kepada adnan dan seorang panglima yang perkasa, sangat di geruni kerana kehandalannya.

2. Nizar Bin Ma'ad
Datuk Nabi yang ke lapan belas. Seorang yang sangat segak dan sangat kacak. Belum pernah dizamanya di temui seorang lelaki yang lebih kacak, tampan dan kacak daripada Nizar.Beliau jugak pintar dan sering mengeluarkan buahfikiran yang baik.

3.Mudhar bin Nizar
Dia adalah datuk Nabi yang ketujuh belas. Sama seperti ayahnya beliau adalha kacak dan tampan dan satu kelebihan lagi padanya ialah apabila seorang memandang padanya akan timbul perasaan kasihan dan penuh sempati

4. Ilyas bun Mudhar
Datuk Nabi yang keenam belas
Seorang Ahli falsafah atau pujangga sperti ayahnya juga. Kedudukan di mata kaummnya seperti kedudukan Luqmanul Hakim di zamannya.

5.Fihr bin Malik
Dia adalah Datuk nabi yang kesepuluh
Seorang pembesar arab yang sangat dermawan daripada seluruh arab.Namanya menjadi mashur daripada semua nama datuk Nabi.Namnya termashur di seluruh Umat arab dan kaumnya kerana usahanya memberi makan kepada jemaah haji yang kelaparan suatu musim haji yang panas dan tiada makanan.

6. Ka'ab bin Luay
Dia adalah datuk Nabi yang ke tujuh dan seorang yang sangat mengerti dalam kitab kitab terdahulu.kerana itu belau mengetahui bahawa seorang Nabi akhir zaman akan lahir dari anak cucunya.Dia jugak seorang guru yang mengajar kaumnya di sisi kabaah setiap hari jumma'at, selalu meningatkan kepada kaumnya apabila Nabi itu datang hendaklah beriman kepadanya.

Dia juga merupakan datuk yang kesembilan pada Sayydina Umar bin Al- khattab.

7.Murrah Bin Kaab
Dia adalah datuk Nabi yang ke enam. Seorang yang mulia dan terhormat.Dia jugak datuk keenam Sayydina Abu Bakar as-Siddiq.

8.Kilab bin Murrah
Dia adalah datuk Nabi yang kelima. Nama sebenarnya Hakim bin Murah, Dia di gelar Kilab kerana memelihara beberapa ekor anjing yang di gunakan Untuk berburu. KIlab bererti anjing.

Dia adalha orang yang memberi nama kepada Bulan Bulan Arab yang dua belas bualn itu, yang di gunakn sampai sekarang ini.

Dia jugak Datuk Ketiga kepada Ibunda Nabi Aminah Binti wahab.







0 comments: