BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 20, 2009

Hanya Doa

















Wahai Allah, Ampunkan lah segala dosa dosa kami yang lalu dan lindungi kami dari dosa dosa kami yang sekarang dan yang akan datang, dan beri kami kuasa untuk taat kepada mu! Untuk melakukan suruhan mu dan meningalkan larangan mu. Rela dan senang terhadap kesusahan dan ketentuan takdirmu, dan bersabar menghadap malapetaka dan bersyukur terhadap kurniamu serta mati dalam kebaikan dan bersatu dengan golongan para anbiya, shodiqin dan syahidin dan orang orang yang di redhai kerana inilah sebaik baik rakan dan kawan.
Allah hu ma ya Allah kenalkan kami kepada mu sehingga kami dapat benar benar mengenal mu. Amin
Wahai Allah sibukanlah angota badan kami untuk taat kepada mu, sibukanlah hati kami untuk memakrifat pada mu, sibukanlah selalu selamat hayat kami, baik malam mahupun siang hari, pertemukanlah kami dengan orang orang yang soleh yang telah mendahului kami dan berikan kami rezeki sebagaimana kau berikan kepada meraka dan jadikanlah kami seperti meraka
Ya ilahi janganlah kau cegah dariku segala sesuatu yang bermanafaat bagi diriku dan tidak mudarat bagi mu, Allahuma ya allah jauhkan lah jarak kami dan hawa nafsu kami.
Allah huma ya allah lapangkanlah urusan duniawi kami, jadikanlah kami orang orang yang zuhud terhadapnya dan janganlah kau jadikan sebagai orang orang yang tergila gila padanya. Sehingga kami susah payah mencarinya. Ya Allah kesihanilah kami dalam kertentuan Qada dan Qadarmu ya rabbal Alamin
Allah huma ya allah. Kami mohon pada mu agar dapat bersama mu. Kami mohon ketaqwaan dan kecukupan kepada engkau. Terlepas dari segala himpitan sesuatu. Sibuk berbakti kepada engkau ya Allah, serta hilangkanlah tabir antara kami dengan engkau wahai ya Allah amin.



0 comments: