BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 20, 2009

Hanya Doa

















Wahai Allah, Ampunkan lah segala dosa dosa kami yang lalu dan lindungi kami dari dosa dosa kami yang sekarang dan yang akan datang, dan beri kami kuasa untuk taat kepada mu! Untuk melakukan suruhan mu dan meningalkan larangan mu. Rela dan senang terhadap kesusahan dan ketentuan takdirmu, dan bersabar menghadap malapetaka dan bersyukur terhadap kurniamu serta mati dalam kebaikan dan bersatu dengan golongan para anbiya, shodiqin dan syahidin dan orang orang yang di redhai kerana inilah sebaik baik rakan dan kawan.
Allah hu ma ya Allah kenalkan kami kepada mu sehingga kami dapat benar benar mengenal mu. Amin
Wahai Allah sibukanlah angota badan kami untuk taat kepada mu, sibukanlah hati kami untuk memakrifat pada mu, sibukanlah selalu selamat hayat kami, baik malam mahupun siang hari, pertemukanlah kami dengan orang orang yang soleh yang telah mendahului kami dan berikan kami rezeki sebagaimana kau berikan kepada meraka dan jadikanlah kami seperti meraka
Ya ilahi janganlah kau cegah dariku segala sesuatu yang bermanafaat bagi diriku dan tidak mudarat bagi mu, Allahuma ya allah jauhkan lah jarak kami dan hawa nafsu kami.
Allah huma ya allah lapangkanlah urusan duniawi kami, jadikanlah kami orang orang yang zuhud terhadapnya dan janganlah kau jadikan sebagai orang orang yang tergila gila padanya. Sehingga kami susah payah mencarinya. Ya Allah kesihanilah kami dalam kertentuan Qada dan Qadarmu ya rabbal Alamin
Allah huma ya allah. Kami mohon pada mu agar dapat bersama mu. Kami mohon ketaqwaan dan kecukupan kepada engkau. Terlepas dari segala himpitan sesuatu. Sibuk berbakti kepada engkau ya Allah, serta hilangkanlah tabir antara kami dengan engkau wahai ya Allah amin.



Tuesday, March 17, 2009

Satu perkongsian







Tersebut pula dalam sebuah hadis daripada Nabi SAW baginda bersabda.


Ketika seorang Hamba sakit, Allah mengutus dua malaikat kepadanya , seraya berkata, lihatlah kalian apa kata hamba-ku. jika dia berkata ' Alhamdulilah,' maka dibertahukan kepada Allah, Dia lebih tahu lalu berkata, Aku berjanji untuk hamba-ku jika aku mematikannya, ku masukan dia kesyurga. Dan jika aku menyembuhnya, ku ganti dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya, dan aku hapuskan pula keburukannya.












Saturday, March 14, 2009


Asalamualaikum


selamat pagi wahai pembaca

~KU MENGHARAP REDHAMU...YA ALLAH~


Kerana hatimu miskin cinta dan rindu kepada Allah, jadinya kau dijajah oleh cinta dan rindu pada yang lain... Mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui kehilangan. Hanya cinta kepada Allah yang tidak. Jika kau mencintai seseorang, ada dua kemungkinan diterima atau ditolak. Jika ditolak pasti sakit rasanya. Namun jika kau mencintai Allah pasti diterima. Jika kau mencintai Allah, engkau tidak akan pernah merasa kehilangan. Tidak ada yang akan merebut Allah yang kau cintai itu dari hatimu. Tidak akan ada yang akan merampas Allah. Jika kau bercinta dengan Allah, hidup bersama Allah, kau tidak akan pernah berpisah dengannya.Allah akan setia menyertaimu. Allah tidak akan berpisah darimu. Kecuali kamu sendiri yang berpisah dariNya…ku mghrp REDHAMU…
Kiranya tiada insan untukku, cukuplah cintaMu penyuluh hidupku. kelak moga ade cinta untukku dari insan yang cintakanMu sepertimana cintaku padaMu...


"Ya Allah, kiranya engkau mempertemukan kami untuk mendidik diri kami agar lebih menyayangiMu, maka hanya Engkau yang mampu membawa hati-hati ini bertaut menelusuri jalan mencari cintaMu, mengharap maghfirahMu dan janganlah Engkau pisahkan hati-hati ini dikala rindu dan sayang kami belum cukup untuk melamar redha dan cintaMu...amin Ya Rabbal'alamin..."




BISMILLAH...Wahai kaum musliminkehidupan adalah jihad,kemuliaan juga berasal dari jihad,kewujudan di atas muka bumi ini,terikat dengan jihad...agama Allah tidak akan tertegak tanpa jihad,tanpa peperangan tanpa darah dan air mata..kejarlah kematian kerana ia akanmemberikan kehidupan yang hakiki..hindarilah diri dari merasa hebat denganjumlah kitab yang dibaca..janganlah merasa megah dan mencukupidengan solat-solat sunatyang telah dibiasakan itu..Wahai para ulama'majulah untuk memimpin generasiyang dahaga untuk kembali kepada tuhannya..jangan terbelenggu atau cenderungkepada dunia..jauhi janji manis pemberian dan sogokanserta hidangan pemerintah...sesungguhnya ia menggelapkan hatidan mematikan fikiran...Wahai muslimatjauhi kemewahan kerana ia musuh kepada jihad..ia pembinasa diri manusia...janganlah menunjukkan sesuatu yang berlabihan..cukuplah sekadar ke[erluan sahaja..didik dan latih anak-anak dengan kegagahandan kejantananserta kepahlawanan dan jihad...jadikanlah rumah-rumah sebagaikandang-kandang singa...bukan reban ayam yang menunggu gemukuntuk disembelih oleh toghut...tanamkan ke dalam jiwa anak-anakkecintaan kepada jihad...keinginan kepada medan perang...lapangan yang penuh dengan keributan jihad...Wahai anak-anakbiasakanlah diri dengan nyanyiandan alunan letupan peluru...dentuman senjata-senjata berat...gegak gempita jet-jet pejuang sertakereta-kereta kebal...jauhilah nyanyian2 yang lembutdan muzik2 yang mengasyikkanserta hamparan permaidani merah...sesungguhnya kalian tidak pernah bermesradengan ayahmu melainkanhanya sebentar cuma...terlalu sedikit tarbiyah yang sempat diberikankepada kalian...Ya...ayahmu terlalu sibuk dengan urusanjihad!Wahai para isterilazimilah sifat zuhud,nescaya akan dikasihi Allah...berzuhudlah terhadap apa yang adapada manusianescaya engkau dikasihi mereka

Tuesday, March 10, 2009

Takut Kepada Allah
















asalamualaikum
Wahai para pembaca hari ini saya ingin berkongsi tentang Takut kepada Allah, Kia mesti dan wajib takut kepada Allah kerana dialah menjadikan kita dan semua isi alam ini. semua yang ada di dunia ini mengambarkan kebesaran dan kemulian serta kegagahannya yang tiada tandingan.

Al hassan Al basri dari Jabir r.a berkata rasulullah S.A.W bersabda: seseorang mu'min di antara dua ketakutkan, antara ajal yang sudah lalu, tidak tahu apakah yang akan di lakukan Allah baginya. dan ajal yang akan datang jugat tidak tahu bagaimana keputusan Allah terhadap dirinya. kerana itu seharusnya seorang hamba membekali dirinya dengan amalnya sendiri untuk keselematan dirinya, dan dari dunia untuk ke akhirat dan dari hidup untuk matinya, maka demi Allah yang jiwa Muhammad ada di tangannya, sesudah mati tidak ada kesempatan untuk meminta ampun, dan sesudah dunia ini tidak ada tempat selain surga atau neraka

Seorang hakim berkata: kesedihan menyebabkan tidak suka makan danketakuta menyebabkan menjauhi dari dosa, dan pengharapan menyebabkan membuat taat, dan ingat akan mati menyebabkan tidak mencampuri apa yang bukan kepentingan.

Rasulullah SAW bersabda : Jika merasa gentar hati seorang mu'min kerana takut kepada Allah maka runtuh dosa dosanya bagaikan daun kering yang runtuh dari pohonnya.

Rasulullah SAW di tanya: siapakah keluargamu ya rasulullah? jawabnya : Keluarga ku ialah tiap mukmin yang bertakwa hingga hari Kiamat. Ingatlah bahawa wali waliku ialah orang yang muttaqin, dan tiada kelebihan bagi seorang pun di antara kamu kecuali denga taqwallah azza wajalla.
moga kita semua di beri taufik dan hidayah dari Allah dan di rahmati di dunia dan di akhirat. Amin










Monday, March 9, 2009

Satu perkongsian







Keburukan Dunia dan meninggalkannya ! !




Assalamualaikum




Sukur pada Allah kerana dengan kehendaknya jua kita dapat berkongsi ilmu pengetahuan kita pada malam ini. Malam ini wahai para pembaca saya ingin berkongsikan ilmu tantang DUNIA yang fana ini.




Pada sekarang ini ramai manusia terlalu mengejar dunia hingga lupa akan hari akhirat. Banyak jugak manusia merasa aman dan tentram duduk di dunia yang sementara ini hingga merasa ia adalah tempat yang abadi. Inilah penyakit yang terdapat di kalangan masyarakat sekarang. Penyakit wahan !! ( cinta dunia dan takut mati. ) Merasa aman dengan kedudukan dan harta hingaa hati tertutup denga Allah.




wahai para pembaca mari lah kita renung betapa buruknya dunia ini dan mengapa kita mesti meningallkannya.( meningalkan keinginan cuma mengambil keperluan untuk beribadah). mari lah kita sama sama berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan bersedekah fatiaah pada baginda dan keluarga serta sahabat dan pengikut baginda hingga ke akhir zaman.




Telah banyak ayat alquran yang mencela dunia an memperingatkan manusia agar menjauhinya, sekaligus menyeru meraka ke Akhirat. Bahkan itulah inti risalah yang di sampaikan oleh para nabi as. Oleh kerana telah maklum maka tidak perlulah di sebutkan ayatnya. Akan tetapi kami ketengahkan saja beberapa hadis yang menerangkan soal tersebut.




Dirawikan pada suatu hari ketika rasulullah SAW melalui bangkai kambing lalu bginda bersabda




" Tidakkah engkau lihat bangkai ini telah di hinakan oleh pemiliknya?"




Meraka menjawab, " jelas saja hina.Buanglah dia!" kemudian Rasulullah SAW bersabda:




"Demi zat yang aku dalam kekuasaannya. Sesunguhnya dunia lebih hina bagi Allah daripada bangkai kambing ini bagi pemiliknya.Kalau dunia di sisi Allah sebanding dengan Nyamuk tidak akan seteguk air pun di berikan kepada orang kafir."




Rasulullah SAW bersabda:




"Dunia ini penjara bagi orang mukmin dan surga bagi orang kafir."




Baginda bersabda:




"Dunia ini dilaknati.Selain apa yang untuk Allah SWT."




Abu Musa Al-Ashari berkata: telah bersabda Rasulullah SAW:




"siapa yang menyukai dunianya, dia meremehkan akhiratnya, siapa lebih menyukai Akhiratnya, tentulah meremehkan dunianya. Pentingkan yang kekal di atas yang fana."




Juga Rasulullah SAW bersabda:




"Cinta dunia sumber segala kesalahan."




Rasulullah SAW bersabda:




"Sesunguhnya aku telah menjauhkan dunia untukmu. janganlah engkau hidupkan dia sesudahku. Sesetengah kebusukan dunia adalah bahawa kedehakan terhadap Allah ada di sana.Sesetengah keburukan dunia bahawa kau tidak ingat pada Akhirat kecuali kau meningalkannya. Ingatlah, Ambilah dunia sekadarnya janganlah engkau menyertainya dan beramallah.Sesunguhnya punca segala keselahan adalah cinta dunia dan kesenangan yang sedikit dapat menyeret seseorang dalam derita yang panjang"




Baginda Bersabda lagi:




"Sesunguhnya aku telah menjauhkan dunia darimu dan engkau duduk diatasnya. maka di situ kau tidak tergoda oleh kekuasaan dan wantia dan dunia pun tidak mengodda mereka.




"Sesunguhnya mereka tidak akan menawarkan kepadamu selama engkau meninggalkan meraka berserta dunianya. Hindarilah wanita dengan berpuasa dan solat!"






"siapa di waktu pafi lebih mementingkan dunia maka dia tidak memiliki sesuatu dari Allah. Malah Allah akan menetapkan empat hal dalam hatinya; kedukaan yang tidak pernah ada putusnya, kesibukan yang tidak pernah ada rehatnya. Kekafiran yang tidak pernah sampai kaya dan angan angan yang tidak pernah ada hentinya.




" Dunia ini berada di antara langit dan bumi. Sejak diciptakan Allah tidak pernah melihatnya.Ketika hari kiamat dia berkata, " Ya Tuhanku, Jadikanlah aku dekat pada wali wali mu pada hari ini.Allah berkata, " Diamlah engkau, wahai yang tidak berguna apa apa! Sesunguhnya aku tidak merelakan engkau bagi mereka di dunia.


Apakah aku akan merelakan mu bagi meraka di hari ini?"




"Pada harii kiamat, di kumpulkan beberapa kaum. Amal meraka sebesar gunung tuhamah. Namun meraka di perintahkan masuk Neraka. " meraka bertanya. " Wahai Rasulullah, apakah meraka solat?" rasulullah berkata, " Benar, Mereka solat dan puasa bahkan bangun malam untuk beribadah tetapi apabila melihat dunia lantas meraka terpaut padanya."




"jangan engkau sibukan hatiimu dengan mengingati dunia!"




"Wahai pemburu dunia jika kau tinggalkan dunia itu lebih baik."




Ini lah sabda Rasulullah SAW tentang betapa busuknya dunia n mengapa kita harus meningalkannya. moga kita semua mendapat taufik dan hidayah dari Allah dan rahmatnya di Dunia dan Akhirat




Said Bib Mas'ud berkata, " jika kau lihat harta seseorang bertambah namun akhiratnya berkurang dan dia rela saja dengan begitu jelaslah dia tertipu dan di pemainkan namun tidak merasa.


Sunday, March 8, 2009

KISAH KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W







Assalamualaikum






Alhamdulilah malam ini saya ingin berkongsi kisah tentang keajaiban yang berlaku pada kelahiran Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W ( selawat dan salam keatas baginda)






siti Aminah binti Wahab adalah bonda Nabi yang suci.Saat itu ialah malam isnin di bulan Rabiul awal pada 12 haribulan bertepatan dengan masehi 570, dengan kehendak Allah yang telah mengatur segala peristiwa di alam ini lahirlah seorang bayi lelaki yang amat elok rupanya dan sehat badannya. Siti Syifa' selaku bidan terus menyambut bayo yang comel dan sihat itu lalu di bersihkan badan Nabi dengan membasuhnya dengan air. kemudian dibalutnya dengan kain putih yang bersih.






Pada saat nabi di lahirkan itu banyak terjadi perkara perkara yang tidak pernah di duga oleh akal manusia. Keajaiban itu terjadi di seluruh alam. dari depan mata siti Syifa hinggalah ke tepi dunia dan kelapisan langit yang ke tujuh.






Peristiwa yang aneh dan pelik ini dapat di saksikan oleh ibu Abdul Rahman bin Auf. Nabi Muhammad Ketika di ahirkan tidak menanggis seperti anak anak yang lain dan tidak pernah terjadi di dalam peradaban manusia. Tapi baginda cuma bersin dan inilah yang anihnya.Sama lah yang terjadi kepada bapa kita Nabi Adam as ketiak Allah memasukan roh ke dalam badannya.setelah hidup dan bernafas, tiba tiba beliau bersin.






Suasana di rumah Abdul mutalib ketika siti Aminah mahu melahirkan anak sulungnya itu hanya di terangi oleh cahaya pelita atau damar sahaja. Tetapi sebaik saja Nabi di lahirkan tiba tiba rumah menjadi terang benderang seperti di suluh oleh lampu electik yang dapat kita lihat pada zaman sekarang.Sehinga rumah itu keadaannya menjadi seperti sianh hari.






Di luar rumah Abdulah itu pula, berhala berhala yang berdiri megah di sekeliling ka'abah semua tumbang seperti di tolak oleh satu tenaga yang kuat dari arah ka'abah






peristiwa anih dan luar biasa berlaku di tempat yang jauh pulak ialah api di farsi yang menjadi pujaan rakyat farsi yang beragam Majusi yang sejak di nyalakan tidak pernah padam itu tiba tiba padam dan istana Maharaja Farsi, Kisra pula bergoncang.






Manakala di atas langit pula, para malaikat sibuk bercakap tentang kelahiran insan agong yang akan membawa obor menerangi seluruh umat manusia yang sedang bergelombang hidup dalam kesesatan.









Saturday, March 7, 2009

Maulud Nabi




Assalamualaikum

Alhamdulilah serta selawat dan salam kepada junjungan bersar Nabi Kita Nabi MUhammad S.A.W. hari ini adalah hari 1o rabiulawal 1430 hijrah. Hanya tinggal dua hari saja lagi untuk menyambut kelahiran Nabi Kita Nabi Muhammad S.A.W pada 12 Rabiulawal 143o hijrah, seperti biasa setiap tahun akan di adakan perarakan di negara kita Brunei Darussalam dan di kepali Oleh pemimpin kita Sultan Haji Hasanal Bolkian dan keluarga.

Mari kita kenang wahai umat Nabi Muhammad S.A.W perjuangan Nabi kita yang membawa cahaya islam keseluruh dunia. Wahai para pembaca mari kita liaht kepada diri kita sejauh mana ita mengenal dan mengenang Nabi kita. Adakah kita mempertahankan apa yang di pertahankan olehnya. Adakah kita mengikut sunnah Nabi kita dan berSalawat padanya setiap hari sekurang kurangnya 100 kali sehari bukan saja ketika kelahiranya tapi setiap hari dan saat. Jika kita mencintainya seperti mana kita merayakannya setiap tahun marilah wahai pembaca kita Taat perintah Allah Cara Nabi Muhammad S.A.W.

Disini saya ingin berkongsi Sedikit Sejarah Tentang Kekasih Allah ini (Nabi Muhammad S.A.W)

Nabi Muhammad S.A.W adalah rasul akhir zaman yang di utus oleh Allah Kepada Umat manusia dan Umat Jin. Dari semenjak baginda di bangkitkan sebagai rasul hingalah dunia Qiamat.Seperti sabda beliau;

Tidaklah aku di utuskan selain untuk mengajak manusia dan jin kepada mengesakan dan mengabdikan diri kepada Allah swt melainkan jugak untuk mengajar meraka budi perkerti yang indah dan mulia.

Salasilah Keturunan Nabi

Qusai Datuk Nabi Paling terkemuka.

Qusai adalah datuk nabi yang ke empat dan yang paling terkemuka. Nama sebenar beliau adalah Amru. Qusai Bin Kilab adalah pembesar Quraisy yang pertama memegang banyak jawatan al-hijabah dari tangan pemeganganya daru suku Khuza'ah usianya ketika itu 50 tahun.Qusai bin kilab berkahwin dengan anak Hulail bin Hubsiay (pemegang kunci kabaah) anak perempuan yang bernama Hubba binti Hulail.Hasil perkahwinan Beliau ada 3 orang anak lelaki yang mashur.
Yang sulung bernama Abdul Dar, yang kedua bernama Abdul Manaf dan yang ketiga bernama Abdul Uzza.

Datuk Nenek Nabi

Keibawaan Datuk Nenek Nabi

Nabi Muhammad S.A.W adalah fari keturunan bangsa Arab Quraisy yang terus menerus bersambung dengan Nabi Ibharim as melalui anaknya Nabi Ismail as. Apa yang jelas ialah di dalam diri Nabi Muhammad S.A.W terdapat campuran tigha bangsa darah.Pertama Darah bangsa Babil iaitu darah Nabi ibharim as Yang mengalir dalam badan Nabi islmail as. Kedua darah bagsa Qibti ia itu darah siti hajar yang juga mengalir dalam tubuh Nabi Ismail dan yang ketiga Darah Arab Jurhum ia itu darah istri Nabi ismail.

1. Ma'ad Bin Adnan
Datuk Nabi yang kesembilan belas. Beliau adalah anak kepada adnan dan seorang panglima yang perkasa, sangat di geruni kerana kehandalannya.

2. Nizar Bin Ma'ad
Datuk Nabi yang ke lapan belas. Seorang yang sangat segak dan sangat kacak. Belum pernah dizamanya di temui seorang lelaki yang lebih kacak, tampan dan kacak daripada Nizar.Beliau jugak pintar dan sering mengeluarkan buahfikiran yang baik.

3.Mudhar bin Nizar
Dia adalah datuk Nabi yang ketujuh belas. Sama seperti ayahnya beliau adalha kacak dan tampan dan satu kelebihan lagi padanya ialah apabila seorang memandang padanya akan timbul perasaan kasihan dan penuh sempati

4. Ilyas bun Mudhar
Datuk Nabi yang keenam belas
Seorang Ahli falsafah atau pujangga sperti ayahnya juga. Kedudukan di mata kaummnya seperti kedudukan Luqmanul Hakim di zamannya.

5.Fihr bin Malik
Dia adalah Datuk nabi yang kesepuluh
Seorang pembesar arab yang sangat dermawan daripada seluruh arab.Namanya menjadi mashur daripada semua nama datuk Nabi.Namnya termashur di seluruh Umat arab dan kaumnya kerana usahanya memberi makan kepada jemaah haji yang kelaparan suatu musim haji yang panas dan tiada makanan.

6. Ka'ab bin Luay
Dia adalah datuk Nabi yang ke tujuh dan seorang yang sangat mengerti dalam kitab kitab terdahulu.kerana itu belau mengetahui bahawa seorang Nabi akhir zaman akan lahir dari anak cucunya.Dia jugak seorang guru yang mengajar kaumnya di sisi kabaah setiap hari jumma'at, selalu meningatkan kepada kaumnya apabila Nabi itu datang hendaklah beriman kepadanya.

Dia juga merupakan datuk yang kesembilan pada Sayydina Umar bin Al- khattab.

7.Murrah Bin Kaab
Dia adalah datuk Nabi yang ke enam. Seorang yang mulia dan terhormat.Dia jugak datuk keenam Sayydina Abu Bakar as-Siddiq.

8.Kilab bin Murrah
Dia adalah datuk Nabi yang kelima. Nama sebenarnya Hakim bin Murah, Dia di gelar Kilab kerana memelihara beberapa ekor anjing yang di gunakan Untuk berburu. KIlab bererti anjing.

Dia adalha orang yang memberi nama kepada Bulan Bulan Arab yang dua belas bualn itu, yang di gunakn sampai sekarang ini.

Dia jugak Datuk Ketiga kepada Ibunda Nabi Aminah Binti wahab.