BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 14, 2008

Nilai diri kita

Assalamualaikum

Sebentar lagi akan masuk jam 12
hanya 15 hari menuju tahun baru masihi dan hanya 14 hari untuk tahun baru hijrah
saya pasti azam baru dah mula menerjah di hati para pembaca. bermacam macam azam akan di catit untuk tahun baru yang pasti akan datang. sama ada masihi atau hijrah.

Marilah kita renug sekejap pada tahun ini. adakah semua azam kita dah kita capai, atau pun sebaliknya, dan banyak yang di luar jangkaan kita.itu lah rancangan allah yang maha sempurna pada kita.Pastinya kita akan memikirkan kejayaan yang kita kecapi dan melupakan kegagalan. dan meenganang kenangan manis dan meningalkan segala yang pahit.


Marilah kita fikirkan sekejap, tentang diri kita. Apa perubahan yang kita telah lakukan terhadap diri kita. Dari jasmani kita adakah kita makin sihat atau bertambah sakit dan akhlak kita adakah bertambah baik atau sebalikny apalagi hati kita adakah kita telah membersikan hati pada tahun ini atau pun tidak sama sekali.

Marilah tanya diri kita dari segi Ilmu, apakah bertambah ilmu kita pada tahun ini?.dan ilmu apakah yang banyak bertambah.? Adakah ilmu yang mendekatkan kita pada allah ataupun ilmu yang sia sia. Ilmu adalah salah satu nilai dalam hidup kita. Dan pastikanlah Nilai ilmu dalam diri kita bertambah. dah jika bertambah sukurilah dan berikan lah pada yang berhak menerima ilmu anda.Apa lagi jiak ilmu itu salah satu cabang untuk mendekatkan diri kepada allah dan menambahkan keyakinan kita pada Allah.

Bagaiman pulak denagn Amal
Apakah kita mengamalkan ilmu yang allah kurniakan pada kita ataupun ilmu itu sekadar untuk di ketahui dan tidak di amalkan langsung tidak di kongsikan. Ini lah kerugian yang kita tak sedari dalam menuntut ilmu danmengamalkannya. Dan bagi yang ada ilmu tapi dan mengamalkannya tapi tidak mengkongsikannya, di alkhirat nanti allah akan tanya pada meraka apakah meraka telah menyampaikan ilmu yang meraka amalkan. kerana ilmu itu milik allah dan allah mengamanahkannya untuk di kongsikan pada yang Allah kehendaki.

Kesihatan
bagaiman dengan kesihatan. Adakah bertambah baik atau bertambah buruk. adakah berat badan kita bertamabh atau bekurang. adakah kita fit untuk kehidupan kita. Nabi Muhamad pernah bersabda yang berbunyi: minta la pada Allah tambahkan Kesihatan dan keyakinan kepadanya. Agar dengan kesihatan kita dapat melaksanakan ibadah kepada allah.

Kasih sayang.
Apakah kita berkasih sayang pada sekelian umat Muhamad atau kita memilih sapa yang harus di kasihi dan disayangi. Marilah kita liaht pada matahari yang memberi chayanya pada semua makhluk tampa mengira sapa meraka atau apameraka. Apakah kita lebih rendah dari matahari atau kita yang merendahkan dir kita tanpa mengenal erti kaish sayang dalam diri kta.

Keluarga
Bagaiman talian keluargan kita. Adakah kita banyak memberikan masa kita, ksih sayang kita pada keluarga kita.Bertambah mesra dan dekatkah keluarga kita pada kita dan juga Allah. kerana allah pernah berfirman berbunyi: selamatkanlah diri kamu dan keluarga kamu dari pada api neraka. Cuba kita tengok di sekeliling kita. Betapa banyak ibu bapa yang membiarkan anak meraka untuk menjadi bahan bakar api neraka. Hinga ada ibu bapa yang bertepuk tangan melihat aksi anaknya yang mendedahkan aurat menyanyi di pentas! Sperti AF! dan sebagainya.Adakah kita sangup menjadikan keluarga kita menjadi bahan bakar api neraka.Jawapannya tentulah tidakk
an!

ILMU, AMAL, KESIHATAN, KASIH SAYANG DAN KELUARGA adalah nilai nilai yang perlu diperbaiki dalam diri kita dan di sekeliling kita. jika bertambah kebaikan itulah rahmat dari allah dan bila keburukan yang meningkat bermakna itulah cara allah mentarbiah kita untuk mengingatinya. Moga kita dapat memperbaiki nilai nilai yang saya kongsikan ini pada tahun yang akan datang.



0 comments: