BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 17, 2008

ZIKRULLAH MENGINGAT ALLAH



Assalamualaikum

Selamat malam para pembaca

Malam ini saya nak berkongsi informasi tentang ZIKIR.

Hanya dua jenis manusia yang hidup di sisi allah di dunia dan di akhirat kelak.

  1. Orang yang mati shahid
  2. Ahli Zikir
Lelaki dan perempuan yang menyebut nama Allah maka Allah telah menyediakan untuk meraka keampunan dan pahala yang besar (Al-Quran : Surah Al- Ahzab : ayat 35)

Perhubungan yang mesra antara Ahli Sufu dengan Allah ternyata seperti tersebut dalam ayat Al-Quran: "ingatlah kamu kepada ku, nescaya Aku ingat kepadamu" (al-Baqarah: 21: 152)

Perhubungan yang rapat dan erat ini membawa kepada penyerahan diri seluruhnya kepada Allah hinggakan diri sendiri terasa tidak ada lagi. Seluruh diri hanya seperti boneka yang digerakkan oleh dalangnya iaitu Allah. Semua kepada Allah hingga ke taraf perasaan bahawa Allah sahaja yang di pandangnya. Inilah yang meraka namakan Zikrullah. Zikrullah ini sangat besar faedah dan hasilnya. Firman Allah dalam Al-Quran yang mulia:
  1. "Sebutlah nama Tuhanmu sebanyak banyaknya serta bertasbihlah pada waktu petang dan pagi" (al-Imran; 3:41)
  2. "Apabila kamu telah menyelasaikan solat, Ingaltah pada Allah pada waktu berdiri, duduk dan berbaring" (al-Nisaa ; 4:103)
  3. "Sesunguhnya aku inilah Allah, tidak ada tuhan selain Aku, kerana itu sembahlah Aku dan dirikan solat untuk mengingati ku" (Thoha; 20: 14)
  4. "Dan sesunguhnya mengingati Allah itu adalah lebih besar" (al-ankabut; 29:45)
  5. "wahai orang orang yang berima, berzikirlah dengan menyebut nama Allah,Zikir yang sebanyak banyaknya" ( al-Ahzab; 33:41)
Ada banyak lagi ayat ayat dalam al-quran yang menunjukkan ketinggian dan kemuliaan zikrullah ini.



0 comments: