BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 25, 2008

Assalamualaikum para pembaca.

Terima kasih kerana terus melayari blog saya yang serba kekurangan ini. Hari ini hari jumaat hari raya kepada kita umat islam. HUtbah jumaat pada hari ini berkenaan dengan HIjarah, dan hari ini saya isikan masa saya dengan mendengar satu ceramah dari ustaz Aqil heyy
yy
Saya amat tersentuh dengan Hutbah hari ini berkenaan dengan HIJRAH. Hijarah bererti berpindah. Mari kita renung kembali apakah hijrah yang telah kita lakukan ke atas diri kita sepanjang tahun 1429 hijarah ini. Saya harap kita banyak membuat penghijrahan hati. kerana penghijrah hati lah asa utama diri kita.

Tanpa kita sedari hari ahad ini akan berlalu lah tahun hijrah 1429 yang penuh dengan kemanisan dan Kepahitan hidup untuk mendapat redha Allah. Hari ahad ini akan berakhir lah Hijrah 1429 dan bermula tahun hijrah 1430. Mari kita sama sama berhijrah meningalkan kejahatan dalam diri kita kepada kebaikan, dari ke misikinan ilmu dan amal kepada memperkayakan diri kita dengan ilmu dan amal dan kalo boleh di sampaikan.Berhijrah kepada kekotoran kepada kebersihan hati dan dari ke gelapan kepada cahaya. berhijrah menjadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Allah mengikut cara Nabi Muhammad S.A.W.Ini lah hijrah yang kita nak buat, atau pun yang kita kena lakukan di dalam diri kita. Insyaallah akan lahirlah insan kamil atau pun Mukmin profesional, bermula pada diri kita hingga kepada generasi yang akan datang.

Menyentuh kepada ceramah ustaz Aqil tadi ya awda, tentang planet muda mudi sekarang ini. amat membimbangkan jugak. Bila kita renung kembali kepada peranan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Ramai yang tak melaksanakannya.


0 comments: