BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 27, 2008

Satu peringatan






Assalamualaikum

Wahai pembaca blog yang di Rahmati Allah, malam ini adalah malam yang terakhir hijrah 1429,esok tika waktu maghrib akan berakhirlah tahun hijrah 1429 dan bermula lah tahun 1430 hijrah.Saya pasti awda telah mempersiapkan diri untuk menyambut sambutan Hijrah 1430.

Wahai para pembaca, amat pilu perasaan malam ini.Terasa sayu dan ingin saja ku lepaskan semua rasa ini dalam blog hari ini, tapi bukan itu tujan blog ini, bukan untuk melepaskn emosi yang terpendam di lubuk hati, pasti ada cara lagi untuk melepasknnya. MOga Allah melindungi kita semua dari hawa nafsu kita.

Siapalah saya untuk semua ini. Saya cuma sekadar untuk memperingatkan diri saya dalam blog ini dan berkongsi rasa ini dengan awda. Hari ini saya membawa tetamu dari kuala lumpur untuk menghadiri mejlis perkahwinan dan balik dari mejlis terus lah saya k Gadong. Ramai muda mudi berkeliaran. Bermacam macam ragam saya lihat, dari segi pakain hinga ke pada akhlak. Nampaknya negri kita tidak ketingalan dalam feshion, Remaja remaja kita semakin berani berpakaian yang mededahkan aurat meraka. Bila kita pandang dari sudut temadun barat nampak satu kemajuan dalam sosial dan kehidupan, nampaknya mudah bagi kita mebiasakan diri kita dengan perubahan zaman dan amat membangakan.Ini pandangan dari sudut idealogi kebanyakn orang sekarang. Tapi mari kita lihat pulak dari sudut HAKIKAT! (dari sudut islam dan pandangan hati) ketika mana perempuan islam tak lagi merasa malu mendedahkan aurat dengan sebab fashion dan ugama serta maruah di letakan di belakan. Apa makan semua ini awda!adakah kemajuan dalam sosial atau pun kemurkaan Allah ta'ala kepada kita.Ini lah penyakit yang Allah campak di hati kita. Penyakit di mana tak ada rasa malu lagi di depan Allah.


Mari kita pandang sekejap ketika saat Rasulullah (Nabi Muhammad s.a.w selawat dan salam keatas baginda) ketika menunaikan haji yang terakhir, turnlah ayat Alquran yang berbunyi : Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu dan aku telah lengkapkan nikmatku keatas kamu dan aku telah redha islam itu bagi kamu sebagai ugama. ketika ayat ini di turunkan Unta yang Nabi kita duduk itu terduduk jatuh, apakala jibril datang membawakan ayat di atas. Bila nabi membacakan ayat ini sahabat sahabt gembira dan mengucapkan tahniah dalam keadaan kegembiraan, tiba tiba ada seorang hamba Allah, yang cukup garang ketika itu yang bernama Omar radhiaallah an hu. Nabi bertanya kepada omar mengapa omar menangis. Omar menjawab bahawasanya kepada titik kita berada kepada ugama yang sudah lengkap tetapi bila ia sudah sampai ke titik kesempurnaan maka di atasitu tidak ada lagi yang lain kecuali satu kemunduran. Umat islam akan tingalkan ajaran islam. Umat islam akan tinggalkan sembahyang. Wanita islam akan Hilang Malu dan mula dedah aurat! ramai nanti anak anak akan jadi derhaka pada mak bapa.umat islam akan kembali menurun akhlaknya dan taatnya. Nabi mengakui firasat Saidina Omar.

Jadi wahai para pembaca, salah satu yang telah terdapat di negara kita adalah penyakit hilang malu dan dah terbukti di depan mata kita, banyak perempuan islam yang mula dedah aurat dan tidak malu. Dimanakh islam yang kita bawa selama ini? Wahai para pembaca jika kita mengakui kita umat Nabi Muhammad s.a.w, marilah kita sama sama melakukan apa yang Nabi Muhammad s.a.w bawa. Taat pada Allah mengikut cara Rasulullah. Di akhir hayat Nabi Muhammad Rasulullah, ketika Baginda nazak, Nabi memangil Umati Umati, Jaga sembahyang dan jaga istri jaga istri! ini lah yang Nabi Muhammad kita pangil ketika nazaknya.

Apakah kita sanggup membiarkan wanita wanita islam kita mendedahkan aurat dan semua ini akan mengundang dosa dan maksiat, Setalah dosa dan maksiat berlaluasa, sendirinya kita mengundang kemurkaan Allah. Bila Allah Murka akan turun la Azab. Banyak penyakit mula merebak di hati kita. Penyakit Wahan( cinta dunia dan takut mati) penyakit hati yang lain seperti sombong! takbur dan ujub serta riak! dan penyakit bertuhankan dunia di hati! tampa kita sedari penyakit ini makin menular di hati umat islam. Marilah wahai para pembaca kita kembali pada Allah. meningalkan semu ini dari hati kita. Marilah para pembaca kita kosongkan hati kita dari dunia yang sia sia ini.Biarlah di hati kita hanya Allah dan bukan nafsu! Biarlah dihati kita tiada berhala berhala halus yang kita tak sedari.

Wahai para pembaca, jika kita mengakui kita umat islam dan umat Nabi MUhamad, s.a.w Marilah kita sama sama memperjuangkan apa yang Nabi kita tinggalkan untuk kita. Mengamalkan segala ilmu yang di sampaikan kepada kita. Marilah wahai khlalifah. KIta membimbing diri kita dan orang orang sekeliling kita, Mari kita selamatkan diri kita dan keluarga kita dari Api Neraka!

Wahai wanita, Bermulanya diri mu dari rusok kiri Nabi Adam! Pujukan mu Memlemahkan Iman Adam memakan Buah terlarang! Kekuatan mu menundukan kaum lelaki Memang di akui. Banyk manusia saling benci dan bunuh membunuh kerana mu wahai wanita! Wahai wanita Engkau lah senjata iblis laknattullah! Dengan diri mu banyak lelaki ternoda dan tergoda kerana istemewanya diri mu Allah ciptakan. Habil dan Qabil bunuh membunuh kerana wanita! Namum Keistmewaan mu setelah datangnya islam, Di angkat tinggi mertabat mu. diciptakn perutmu untuk mengandung bayi, di ciptakn bahu mu mampu memikul beratnya beban mendidik bayi yang lahir dari rahim mu yang di ciptakan khas untuk melahirkan umat islam. Adakah kesucian ini sangup kamu gadaikan kerana Nafsu! Adakah kamu sangup mengandung dan melahirkan anak haram dari Rahim kamu. Semestinya tidak. memang di akui tidak bergoyang pokok tampa angin.! kerana pendedahan aurat kamu lah terangkatnya shawat kaum lelaki. kerana pendadahan aurat kamulah mengila nafsu di dalam diri lelaki.! mengakibatkan zina di sana sini, menyebabkan Rogol di sana sini. Lahirlah anak anak tanpa ayah! Hanya kerana terdedahnya Aurat mu! dengan itu menjadi senjata buat iblis laknatullah untuk menghambat nafsu berahi di dalam dada dada lelaki yang lemah iman.!

Ubat bagi semua ini Hanyalah dengan Kembali kepada Allah, dengan mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan baring. Mari awda kita sama sama berjuang untuk memperbaiki mertabat islam dalam diri kita, dan memohon Pada Allah agar Di kurnia kan iman.

Sabda Nabi Muhammad S.A .W

Allah memberikan dunia ini kepada orang yang dia sukai dan tidak sukai. Tapi Allah memberikan iman kepada yang Allah sukai.

marilah awda kita berzikir, menyebut dan menyeru nama Allah, Asma Allah yang mempunyai 99 nama bermula Dari Ar-rahman, dan marilah kita mengenal Allah dengan nama nama Allah asma ul husna.


Ar - Rahman ( Yang maha Pengasih)

Tuhan maha Pemberi yang memberikan sesuatu kepada ummatNya dengan sebesar-sebesar dan sebanyak banyak pemberian tanpa mengurangi kekayaanNYa. Yang Maha pemurah dengan memastikan kepada dirinya sendiri supaya memberi rahmat.Kepada manusia dianugrahkannya beberapa pemberian istimewa berupa Al-Quran sebagai petunjuk, menciptakan manusia dengan
sebaik baik ciptaan dan mengajarkan bahasa untuk berbicara kemudian diserukan pada manusia untuk berkasih sayang

Maha pemurahnya tuhan dengan rahmatnya dan menciptakan manusia sebaik baik ciptaan, tak ada satupun yang dapat berbuat selain daripadanya. Inilah salah bukti keesaanNYa.

Rashia dan Keistimewaan Nama ini

Sesiapa yang mempunyai Hajat yang suar tertunai. Maka hendaklah ia mandi hari jumaat dan menyebut nama ini ketika masuk masjid serta membacanya di sepanjang masa hinggalah sampai kepada waktu medirikan sembahyang jummat. Insyaallah akan tertunai hajatnya seperti yang di pohonkan.

Wallahu a'lam












Friday, December 26, 2008

Wahai wanita




































Bersambung~~

Perkongsian











Assalamualaikum para pembaca.

Terima kasih kerana terus melayari blog saya yang serba kekurangan ini. Hari ini hari jumaat hari raya kepada kita umat islam. HUtbah jumaat pada hari ini berkenaan dengan HIjarah, dan hari ini saya isikan masa saya dengan mendengar satu ceramah dari ustaz Aqil heyy

Saya amat tersentuh dengan Hutbah hari ini berkenaan dengan HIJRAH. Hijarah bererti berpindah. Mari kita renung kembali apakah hijrah yang telah kita lakukan ke atas diri kita sepanjang tahun 1429 hijarah ini. Saya harap kita banyak membuat penghijrahan hati. kerana penghijrah hati lah asa utama diri kita.

Tanpa kita sedari hari ahad ini akan berlalu lah tahun hijrah 1429 yang penuh dengan kemanisan dan Kepahitan hidup untuk mendapat redha Allah. Hari ahad ini akan berakhir lah Hijrah 1429 dan bermula tahun hijrah 1430. Mari kita sama sama berhijrah meningalkan kejahatan dalam diri kita kepada kebaikan, dari ke misikinan ilmu dan amal kepada memperkayakan diri kita dengan ilmu dan amal dan kalo boleh di sampaikan.Berhijrah kepada kekotoran kepada kebersihan hati dan dari ke gelapan kepada cahaya. berhijrah menjadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Allah mengikut cara Nabi Muhammad S.A.W.Ini lah hijrah yang kita nak buat, atau pun yang kita kena lakukan di dalam diri kita. Insyaallah akan lahirlah insan kamil atau pun Mukmin profesional, bermula pada diri kita hingga kepada generasi yang akan datang.

Menyentuh kepada ceramah ustaz Aqil tadi ya awda, tentang planet muda mudi sekarang ini. amat membimbangkan jugak. Bila kita renung kembali kepada peranan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Ramai yang tak melaksanakannya.

Haidth Nabi Muhammad s.a.w

Sesunguhnya Allah memberikan dunia ini kepada yang di sukainya dan yang tak di sukai nya,tapi allah memberikan iman kepada yang di sukainya

Mari kita fahami hadith tersebut wahai para pembaca.

Allah akan memberikan kita dunia ini. Sama ada yang si sukai atau pun tidak. Tapi pernahkah kita tanya diri kita adakah Allah suka pada kita. Kerana Boleh jadi Ya atau tidak. Allah akan memberikita dunia ini atas dua sebab. satu untuk mendekat diri kepadanya dengan hartan dunia yang kita ada atau dia akan memberikan kita dunia ini kerana untuk membinasakan diri kita, dengan harta itu kita berbuat maksiat dan melakukan dosa. Ini yang kita tak nak. Bila Allah tidak suka kita dan memberi kita kekayan maknanya dia murka kepda kita dengan memberikan bala nikmat kepada kita. Marilah para pembaca Kita sama sama berdoa agar menjadi hamba Allah yang Allah sukai dan cintai, dengan itu Allah akan memberi kita dunia dan iman. Itulah yang kita ingan kan, orang kaya yang beriman bukan orang kayang yang jahil lagi bakhil dan sombong!

"Akan tetapi kalian seperti buih banjir dan Allah menanamkan wahan di hati kalian yaitu cinta dunia dan takut mati" ( HR Abu Daud, Hadits ini hasan)

Satu penyakit yang kian merebak di hati manusia sekarang ini adalah WAHAN ( takut mati dan cinta dunia) ini jelas awda dan dapat awda amati di sekeliling awda. berapa banyak orang yang menhidap penayakit yang bernama wahan ini. Dari wahan ini lah timbulnya penyakit lain, penyakit ada TIGA jenis.
  1. penyakit Akhlak atau minda
  2. penyakit jasmani
  3. pentakit Hati Atau rohani
Wahan adalah penyakit Rohani, Contoh penyakit ini adalah jika awda masih ada rasa takut kehilangan dunia yang ada pada awda. kerata, rumah harta, takhta dan wanita dan anak anak. jika rasa takut kehilangan semua ini masih ada itulah dia penyakit wahan (cinta dunia dan takut mati) dari penyakit ini akanlahirlah jenis penyakit yang ke 2. ya itu penyakit jasmani. seperti lemah jantung, tinggi darah, stresss dan macam macam lagi. Ya awda penyakit bermula dari hati kita .bila kita lihat semula pada sabda Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi.

Di dalam badan mnausia itu ada seketul danging. jika baik ( bersih ) daging itu maka baik lah seluruh tubuhnya. jika sebaliknya maka rosaklah seluruhnya.

Ini terbukti awda. Di zaman sekarang ini banyak penyakit! dan penyakit utama adalah wahan.Wahan merupakan penyakit kronik yang menimpa umat akhir zaman ini. Kerana takut mati dan cinta dunia bertambah lah lgi dengan penyakit yang lain ia itu sombong, perasaan, munafik, riyak dan takbur ( penyakit akhlak), tidak mustahil kita akan di azab oleh ALLAH.

Wahai Allah selamatkan lah kami dari segala macam penyakit hati dan selamatkan lah kami dari kesesatan. kami berlindung kepada mu dari murka mu dan azab siksa neraka mu. Amin


Menurut pandangan orang orang soleh

BANYAK ORANG TIDAK SEDAR BAHAWA DIRINYA TENGAH DI UJI DENGAN ANUGRAH DAN KENIKMATAN ALLAH DI DUNIA, SELAIN ITU BANYAK JUGAK ORGAN YANG TERTIPU OLEH PUJIAN MANUSIA SERTA TERPADAYA DENGAN PERLINDUNGAN ALLAH.

Bahaya yang timbul oleh perbuatan maksiat dan dosa sudah tentulah tidak kita ragu ragu lagi.Di dunia perbagai penyakit duniawi dan ukhrawi, penyebabnya adalah kerana perbuatan dosa dan maksiat dari kita. lantas apakah sebab Nabi Adam dan Hawa di turunkan dari surga? Apakah sebab iblis di laknat oleh allah. apakah sebab kaum Nabi nuh, Nabi lut a.s, kaum Ad dan uber dan kaum tahmud serta kaum saba' dan banjir arim di turunkan bala oleh Allah, tidak lain dan tidak bukan kerana Maksiat dan dosa yang kita lakukan. Atau pun Nafsu!!


Sabda Rasulullah s.a.w


AKAN DATANG SATU MASA ISLAM TINGGAL NAMA, ALQURAN TINGAL TULISAN, MASJID SEMAKIN BANYAK TAPI KOSONG DARI HIDAYAH ALLAH, ULAMA MERUPAKAN ORANG YANG TERJAHAT DI BAWAH LAPISAN LANGIT, DARI MERAKA TERSEBARLAH FITNAH DAN KEPADA MERAKA LAH FITNAH ITU KEMBALI.

Jika kita renung dah faham hadits tersebut. Memang sudah terbukit sekarang wahai para pembaca. Islam hanya tinggal nama! bila kita tengok sekeliling kita betapa banyak orang islam yang islam tapi tak berakhlak seperti islam. berapa banyak orang islam yang tak berpakaian seperti orang islam. banyak kan awda. Kita pandang lah dengan mata hati kita, pandang lah diri kita. Apakah kita sleama ini mempamerkan islam yang sesunguhnya. Adakah kita memahami islam.Tepuk dada tanya selera wahai pembaca yang di rahmati Allah.Kita lebih tahu jawapan kita. Hadith ini telah terbukti sekarang, masjid yang banyak tapi kosong dari ahli ibadahnya. Jika di tanya masing masing dengan alasan sebok dengan urusan dunia. Moga Allah mengampunkan kita di dunia dan di akhirat. Amin

JIka zina dan riba telah tersebar luas di satu negri maka Allah akanmengizinkan kehancuran.

Jika banyak orang yang mempamirkan ilmu tapi meningalkan amal. Saling mencintai hanya di bibir sahaja- Allah akan mengutuk meraka, menulikan telinga meraka dan membutakan mata meraka.

Hadiths Nabi muhammad s.a.w

Tidaklah suatu kaum yang orang orang taatnya lebih banyak daripada para pelaku maksiatnya tetapi meraka membiarkannya melainkan Allah akan mengazabnya secara pukul merata.

nauzubilah.

Wahai Allah jadikan lah kami kaum yang beriman dan bertaqwa kepada mu sebenar benarnya taqwa. dan beri kami kekuatan untuk ingat mengingati satu sama lain tentang MU dan tentang hari pembalasan! amin

Wahai para pembaca yang di rahmati Allah.
Marilah kita renung kedalam diri kita, Sejauh manakah kita telah melaksanakan Ibadah kita atau amanah kita kepada ALLAH. memenuhi segala janji yang kita tabur sebelum kita di hantar ke muka bumi ini. Kita renung kembali kepada niat kita pada tahun hijarh yang akan berlalu meningalkan kita ini.Apakh nita kita hanya kepada Allah semata mata atau pun tidak. Mari lah awda kita muasabah diri kita untuk menjadi MUKMIN Profesional,MUkmin yang di Redhai Allah di dunia dan di akhirat.

Di sini saja dulu. Ini lah salah satu cara saya untuk memperingatkan diri saya sendiri tentang apa sebenar tujuan hidup kita ini. Moga allah mengampunkan dosa saya dan kit semua dan umat Islam di akhir zaman ini. Amin











Thursday, December 25, 2008

Assalamualaikum para pembaca.

Terima kasih kerana terus melayari blog saya yang serba kekurangan ini. Hari ini hari jumaat hari raya kepada kita umat islam. HUtbah jumaat pada hari ini berkenaan dengan HIjarah, dan hari ini saya isikan masa saya dengan mendengar satu ceramah dari ustaz Aqil heyy
yy
Saya amat tersentuh dengan Hutbah hari ini berkenaan dengan HIJRAH. Hijarah bererti berpindah. Mari kita renung kembali apakah hijrah yang telah kita lakukan ke atas diri kita sepanjang tahun 1429 hijarah ini. Saya harap kita banyak membuat penghijrahan hati. kerana penghijrah hati lah asa utama diri kita.

Tanpa kita sedari hari ahad ini akan berlalu lah tahun hijrah 1429 yang penuh dengan kemanisan dan Kepahitan hidup untuk mendapat redha Allah. Hari ahad ini akan berakhir lah Hijrah 1429 dan bermula tahun hijrah 1430. Mari kita sama sama berhijrah meningalkan kejahatan dalam diri kita kepada kebaikan, dari ke misikinan ilmu dan amal kepada memperkayakan diri kita dengan ilmu dan amal dan kalo boleh di sampaikan.Berhijrah kepada kekotoran kepada kebersihan hati dan dari ke gelapan kepada cahaya. berhijrah menjadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Allah mengikut cara Nabi Muhammad S.A.W.Ini lah hijrah yang kita nak buat, atau pun yang kita kena lakukan di dalam diri kita. Insyaallah akan lahirlah insan kamil atau pun Mukmin profesional, bermula pada diri kita hingga kepada generasi yang akan datang.

Menyentuh kepada ceramah ustaz Aqil tadi ya awda, tentang planet muda mudi sekarang ini. amat membimbangkan jugak. Bila kita renung kembali kepada peranan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Ramai yang tak melaksanakannya.


Tuesday, December 23, 2008

Satu perkongsian



Monday, December 22, 2008

Aku hamba

Satu Keluhan


Assalamualaikum

Para Pemabaca yang di Rahmati Allah

Satu keluhan!

Manusia oh manusia
mana manusia yang tidak membuat dosa?
Siang dam malam silih berganti...
sentiasa di hatnui fikiran yang sesat
Nafsu mu terus kau layari...
tunduk kepada iblis yang laknat
Tuhanmu tidak kau mengabdi
bagaimana boleh mendapat nikmat
Mana shalatmu mana puasamu?...
jauh sekali mengeluarkan zakat
Islam apakah kau akui...
kenapa perintah tidak kau buat!
Noda dan dosa kau bermandi...
tidakkah takut tuhan melihat?!
Tidakkah takut angkara menurun...
balanya menimpa orang yang jahat
Sudah banyak orang yang dicubai...
pun tidak sedikit mata melihat
Iblis memangil kenapa datangi
sehingga termasuk kedalam jerat
Kenapa ikut rayuan tipunya...
bukan kah dia musih yang ketat?!
Dosa besar kau ceburi....
bukankah nanti hukumnya sebat
Dosa kecil apalagi..
tiada malu manusia melihat
Ingatan kawan kau tak peduli...
talingamu pekak mendengar nasihat
Di dunia pulak tiada yang di segani
ingatlah nanti di hari kiamat
Bila manusia membawa diri
menghadap keadaan yang sunguh gawat
Di situ nanti tuhan yang mengadili...
hukumnya adil menyeluruhi ummat
Siksanya tiada tertangung lagi
amat pedih dan amatlah berat
Tiada yang peduli apa yang terjadi
biarpun keluarga biarpun kerabat
Semuanya berkata nafsi nafsi...
budi dan jasa tiada di ingati
Kalau begitu insafilah diri...
dari sekarang jangan terlambat
Lantaran itu mari kemari...
menyanjung agama menjunjung syariat
Apa yang di suruh kita ikuti...
kepada tuhan kita mendekat
Apa yang di larang kita jauhi...
supaya kita jadi terselamat
Moga-mogalah kita akan di senangi...
supaya kita dapat berkat
Ampunantuhan kita mencari...
agar kita di cucuri Rahmat
Memohon tuhan tanda kembali...
sepuluh jarinya terus di angkat
Dosa yang dipikul segera di humbani...
kepada tuhan kita bertaubat
Taubat nashuha kita berjanji...
menghadap tuhan kita munajat...
Agar kita di redhai ilahi
agar kita di lindungi akibat
Semua dosa segera dihapusi...
tingal pahala tingkat bertingkat
Ketika itu kita di anugrahi..
darjat ketingian di tingikan pangkat
Kita di bimbing petunjuk ilahi
menuji kejalan ilmu makrifat
Itulah kemenangan yang patut dicari...
senang di dunia senang di akhirat
Kepada tuhan kita memuji
kepada nabi kita selawat!
Salam dan takzim kepada keluarganya...
berserta tabi'in dan para sahabat
Amin ya rabbi amin ya ilahi...
kabulkan doaku kurniakan nikmat!

Hadis Nabi Muhamad
'Orang yang bertaubat dari sesuatu dosa seperti orang yang tiada berdosa!"

Sujud




Di saat sujudlah seorang hamba dekat dengan Allah. Sujud adalah perbuatan yang Allah sukai,
banyakkanlah bersujud pada Allah dan berdoa lah padanya nescaya Allah akan perkenankan doa doa hambanya.

Sujud adalah perbuatan yang iblis benci, Bila seorang hamba bersudjud akan menangis lah iblis dan saitan. Kerana makhluk yang tidak mahu sujud ketika Allah memerintahkan sujud pada Nabi Adam hanya Iblis dan kuncu kuncunya.

Pada malam ini saya akan berkongsi sedikit kisah tentang penciptaan makhluk di dunia ini.

Sunday, December 21, 2008



Assalamualaikum


Apa kabar pembaca yang di cintai Allah

Malam ini saya nak berkongsi dengan pembaca tentnang hidup kita ini.
Semakin hari semakin dekat lah kita pada kematian. Setiap 20 minit malaikat mau akan datnag kepada kita dan memberi peringatan pada kita, tapi sedikit kita menyedarinya. Kematian pasti terjadi. Sama ada kita taat atau tidak! pada Allah, kita bertaqwa atau tidak! kita melakukan ibdaah atau tidak! kaya atau miskin, muda atsau tua, kawin atau bujang atau sebagainya. Kematian pasti akan datan kepada kita.



Banyak pendapat orang tentang kematian. Banyak juga yang percaya dengan kematian dan kehidupan semula selepas mati. Tapi yang yakin itu bagaimana pulak ya! jika di tanya. meraka akan mengakui dan ironicnya hampir semua meraka sebok mempersiapkan dunia dari pada bakalan kematian yang pasti akan menjemput.Jika di tanya pada meraka!. dah siap untuk mati ?,meraka akan berkata masih awal lagi, aku masih muda dan umur aku masih panjang. Ini aku respect!jawapan yang hebat kerana seolah olah tahu bila meraka akan mati.

Mungkin rata rata berpendapat kematian itu hanya sekadar kematian. Tiada kesakitan tiada siksaan dan tiada dugaan atau tiada rahmat dari Allah. Cuma sekadar kematian lah ( tidur), alahai manusia yang buta hati, jikalah kamu dapat berbicara pada simati ketika nazaknya pasti kamu akan bertaubat!

Sakaratul maut. Itu lah tajuk yang saya nak kongsikan pada pembaca yang Allah rahmati pada malam ini. Mari kita liaht bukit bukit dalam Al-Quran tentang kematian dan sejarah sejarah saqaratul maut yang di hadapi oleh Nabi Muhamad dan para sahabat.

Firaman Allah dalam surah Qaf ayat 19:
"dan datanglah sakaratul maut yang sebenar benarnya; itulah yang kamu selalu lari daripadanya"

Firaman Allah ini menunjukkan bahawa setiap ang hidup pasti akan menemui mati sama ada manusia, binatang mahupun tumbuh tumbuhan serta apa jua yang bernama alam akan pasti binasa, yang kekal hanyalah zat yang maham Esa ia itu Allah ta'ala

Firaman Allah dalam surah maryam: 98

"dan berapa banyak telah kami binasakan umat-umat sebelum meraka. Adakah kamu melihat seorang pun dari meraka atau kamu dengar suara meraka yang samar samar?"


Amar bin Al-Ash radhiyallahu'anhu merupakan seorang sahabat yang di kenali cerdik
dan ahli strategik sehingga digelari singa Arab, Betapa pun hebatnya namun dia tidak mampu mengelak dari kematian. Kematian boleh memusnahkan tipu hela orang licik. Ia dapat melumpuhkan kekuatan penguasa. Dan ia bolegh meranapkan segala harta benda orang kaya. Ketiak Amar dalam sakaratul maut putranya abdulah bertanya " wahai ayahku, bolehkah engkau mengambarkan kematian keapda ku.Engkaulah orang yang paling tepat untuk menjelaskannya!" padahal ayahnya pada ketika itu sedang bergelut dengan kematian.


Amar bin Al-Ash Radhiyallahu'anhu menjawab: "wahai anakku! Demi Allah, seolah olah gunung gunung yang wujud di permukaan bumi ini di letakkan di atas dadaku dan sekakan akan aku menghidu udara dari lubang jarum kerana sesak nafas."

Bayangkanlah bagaimana keadaan seseorang yang gunung gunung dunia diletakkan di dalam dadanya, dan ia bernafas dari lubang jarum!

Allah Subahanahu wa Ta'ala berfirman

maka mengapakah ketika nyawa sampai di kerongkongan padahal kamu ketika itu melihat dan kemi lebih dekat kepadanya daripada kamu. Tetapi kamu tidak melihat (mengapakan) kemu tidak mengembalikan nyawa itu ( kepada tampatnya), jika kamu adalah orang orang yang benar
surah Al Waqiah ayat 83-37)

Sakaratul maut merupakan sebuah pertarungan dahsyat.Allah telah menetapkan kematian keatas seluruh makhluk yang hidup.




Wednesday, December 17, 2008

ZIKRULLAH MENGINGAT ALLAH



Assalamualaikum

Selamat malam para pembaca

Malam ini saya nak berkongsi informasi tentang ZIKIR.

Hanya dua jenis manusia yang hidup di sisi allah di dunia dan di akhirat kelak.

  1. Orang yang mati shahid
  2. Ahli Zikir
Lelaki dan perempuan yang menyebut nama Allah maka Allah telah menyediakan untuk meraka keampunan dan pahala yang besar (Al-Quran : Surah Al- Ahzab : ayat 35)

Perhubungan yang mesra antara Ahli Sufu dengan Allah ternyata seperti tersebut dalam ayat Al-Quran: "ingatlah kamu kepada ku, nescaya Aku ingat kepadamu" (al-Baqarah: 21: 152)

Perhubungan yang rapat dan erat ini membawa kepada penyerahan diri seluruhnya kepada Allah hinggakan diri sendiri terasa tidak ada lagi. Seluruh diri hanya seperti boneka yang digerakkan oleh dalangnya iaitu Allah. Semua kepada Allah hingga ke taraf perasaan bahawa Allah sahaja yang di pandangnya. Inilah yang meraka namakan Zikrullah. Zikrullah ini sangat besar faedah dan hasilnya. Firman Allah dalam Al-Quran yang mulia:
  1. "Sebutlah nama Tuhanmu sebanyak banyaknya serta bertasbihlah pada waktu petang dan pagi" (al-Imran; 3:41)
  2. "Apabila kamu telah menyelasaikan solat, Ingaltah pada Allah pada waktu berdiri, duduk dan berbaring" (al-Nisaa ; 4:103)
  3. "Sesunguhnya aku inilah Allah, tidak ada tuhan selain Aku, kerana itu sembahlah Aku dan dirikan solat untuk mengingati ku" (Thoha; 20: 14)
  4. "Dan sesunguhnya mengingati Allah itu adalah lebih besar" (al-ankabut; 29:45)
  5. "wahai orang orang yang berima, berzikirlah dengan menyebut nama Allah,Zikir yang sebanyak banyaknya" ( al-Ahzab; 33:41)
Ada banyak lagi ayat ayat dalam al-quran yang menunjukkan ketinggian dan kemuliaan zikrullah ini.



Tuesday, December 16, 2008

KENAPA KITA DI JADIKAN OLEH ALLAH!

Assalamualaikum

Sukur pada Allah pada malam ini masih saya di beri kesempatan untuk berkongsi ilmu yang Allah anugrahkan kepada saya.Malam ini saya ingin membincangkan pada anda semua yang membaca blog ini tujuan kita di dunia ini dan process sebelum kita sampai di alam dunia yang mayafana ini.

Di dalam kehidupan kita ini kita pernah tertanya kepada diri kita sendiri. Dari mana? dan untuk apa? serta hendak ke mana? ini adalah naluri manusia, dan kita mencari cari jawapan untuk persoalan tersebut.Bermacam macam jawapan kitda dapat tapi akhirnya tidak satu pun yang memberikita ketenangan yang hakiki.


Allah taala berfirman dalam surah Az-Zaiyat ayat 56

"Tiada aku Jadikan jin dan manusia melainkan untuk BERIBADAH kepada ku"


Persoalannya sekarang apakah ibadah itu?
Adakah ibadah itu hanyak sekadar lima rukun islam
Ia itu dua kalimah shahadat,solat lima waktu, puasa, zakat dan naik haji!
jawapn yang tepat adalah Ibadah itu adalah kehidupan (24hrs ibadah). Dari kita bangun dari tidur kita dan hubungan kita bersama makhluk Allah, kerja kita atau sekolah kita. solat, puasa, zakat kita yang wajib dan yang sunat. Itu lah ibadah,

Para ulama memecahkan ibadah itu ada 3 Jenis ibadah
  1. TA'ABBUDI Atau IBADAH ASAS (wajib)
  2. TAQARRUBI Atau IBADAH SUNAT
  3. AMAL SOLEH Atau IBADAH UMUM

1.TA'ABBUDI Atau IBADAH ASAS (5%)
Ia itu pra syariat ( utama dan pertama). Rukun islam dan iman. Dengan belajar,faham,yakin dan amal. Tapi ibadah ini hanya 5% dari kehidupan kita.

2.TAQARRUBI Atau IBADAH SUNAT

Ibadah SUNAT ini adalah ibadah extra, setelah kita menyelasaikan ibadah wajib. dan ibadah ini jika dilakukan akan membuatkan allah cinta kepada kita. CInta kasih dan sayang. seperti solat sunat dan puasa sunat,umrah zikir dan wirid. dengan melakun ibadah sunat akan terasalah kemanisan iman dihati. dan ibadah sunat ini hanya 25% dari kehidupan kita, di manakh lagi 70%

3.AMAL SOLEH atau IBADAH UMUM
IBADAH UMUM ini adalah ibadah yangsering kita terlapas pandang, ia itu PROFESYEN kita, KARIER kita dan AKTIVITI kehidupan kita. Kita sering terlupa untuk berniat tentang ibadah ini dan apa lagi tidak mengetahui tenntang syarat syarat IBADAH UMUM.

Syarat Ibadah umum adalah
  1. Niat yang betul
  2. Activiti sah di sisi SYARIAT
  3. Perlaksanaan yang baik
  4. Dibuat dengan terbaik
  5. Tidak meningalkan ibadah asas
  6. Natijah yang baik

Itulah maksud ibadah. Sekrang kita tau ibadah itu adalah kehidupan kita dan dalam melakikan ibadah kita semestinya sentiasa berada di depan ALLAH TA'ALA! cuma mungkin kita belum merasakannya lagi. Marilah kita sama sama melakukan ibadah dan menjaga diri kita dalam kehidupan kerana kehidupan bererti ibadah.Marilah kita melakukan ibadah ini cara Nabi Muhamad (S.A.W).


Sekarang Kita dah faham dan mengerti bahawa kehidupan itu adalah ibadah. Tapi kemankah tujua hidup kita dan apakah MISI dan VISI hidpu kita. Bila kita ketahui MISI dan VISI hidup kita akan bertambah mudahlah hidup ini. Apa lagi misi dan visi itu dapat kita kongsikan dengan keluarga. Akan bercurah rimpah lah rahmat dari ALLAH kepada keluarga kita, kerana mempunyai matlamat hidup yang sama.

Nantikan!! Dakwah seterusnya MISI dan VISI hidup!
dan temadun yang harus di tuju dalam hidup untuk membangun masyarakat Mukmin dan mukminah PROFESIONAL!








Sunday, December 14, 2008

Nilai diri kita

Assalamualaikum

Sebentar lagi akan masuk jam 12
hanya 15 hari menuju tahun baru masihi dan hanya 14 hari untuk tahun baru hijrah
saya pasti azam baru dah mula menerjah di hati para pembaca. bermacam macam azam akan di catit untuk tahun baru yang pasti akan datang. sama ada masihi atau hijrah.

Marilah kita renug sekejap pada tahun ini. adakah semua azam kita dah kita capai, atau pun sebaliknya, dan banyak yang di luar jangkaan kita.itu lah rancangan allah yang maha sempurna pada kita.Pastinya kita akan memikirkan kejayaan yang kita kecapi dan melupakan kegagalan. dan meenganang kenangan manis dan meningalkan segala yang pahit.


Marilah kita fikirkan sekejap, tentang diri kita. Apa perubahan yang kita telah lakukan terhadap diri kita. Dari jasmani kita adakah kita makin sihat atau bertambah sakit dan akhlak kita adakah bertambah baik atau sebalikny apalagi hati kita adakah kita telah membersikan hati pada tahun ini atau pun tidak sama sekali.

Marilah tanya diri kita dari segi Ilmu, apakah bertambah ilmu kita pada tahun ini?.dan ilmu apakah yang banyak bertambah.? Adakah ilmu yang mendekatkan kita pada allah ataupun ilmu yang sia sia. Ilmu adalah salah satu nilai dalam hidup kita. Dan pastikanlah Nilai ilmu dalam diri kita bertambah. dah jika bertambah sukurilah dan berikan lah pada yang berhak menerima ilmu anda.Apa lagi jiak ilmu itu salah satu cabang untuk mendekatkan diri kepada allah dan menambahkan keyakinan kita pada Allah.

Bagaiman pulak denagn Amal
Apakah kita mengamalkan ilmu yang allah kurniakan pada kita ataupun ilmu itu sekadar untuk di ketahui dan tidak di amalkan langsung tidak di kongsikan. Ini lah kerugian yang kita tak sedari dalam menuntut ilmu danmengamalkannya. Dan bagi yang ada ilmu tapi dan mengamalkannya tapi tidak mengkongsikannya, di alkhirat nanti allah akan tanya pada meraka apakah meraka telah menyampaikan ilmu yang meraka amalkan. kerana ilmu itu milik allah dan allah mengamanahkannya untuk di kongsikan pada yang Allah kehendaki.

Kesihatan
bagaiman dengan kesihatan. Adakah bertambah baik atau bertambah buruk. adakah berat badan kita bertamabh atau bekurang. adakah kita fit untuk kehidupan kita. Nabi Muhamad pernah bersabda yang berbunyi: minta la pada Allah tambahkan Kesihatan dan keyakinan kepadanya. Agar dengan kesihatan kita dapat melaksanakan ibadah kepada allah.

Kasih sayang.
Apakah kita berkasih sayang pada sekelian umat Muhamad atau kita memilih sapa yang harus di kasihi dan disayangi. Marilah kita liaht pada matahari yang memberi chayanya pada semua makhluk tampa mengira sapa meraka atau apameraka. Apakah kita lebih rendah dari matahari atau kita yang merendahkan dir kita tanpa mengenal erti kaish sayang dalam diri kta.

Keluarga
Bagaiman talian keluargan kita. Adakah kita banyak memberikan masa kita, ksih sayang kita pada keluarga kita.Bertambah mesra dan dekatkah keluarga kita pada kita dan juga Allah. kerana allah pernah berfirman berbunyi: selamatkanlah diri kamu dan keluarga kamu dari pada api neraka. Cuba kita tengok di sekeliling kita. Betapa banyak ibu bapa yang membiarkan anak meraka untuk menjadi bahan bakar api neraka. Hinga ada ibu bapa yang bertepuk tangan melihat aksi anaknya yang mendedahkan aurat menyanyi di pentas! Sperti AF! dan sebagainya.Adakah kita sangup menjadikan keluarga kita menjadi bahan bakar api neraka.Jawapannya tentulah tidakk
an!

ILMU, AMAL, KESIHATAN, KASIH SAYANG DAN KELUARGA adalah nilai nilai yang perlu diperbaiki dalam diri kita dan di sekeliling kita. jika bertambah kebaikan itulah rahmat dari allah dan bila keburukan yang meningkat bermakna itulah cara allah mentarbiah kita untuk mengingatinya. Moga kita dapat memperbaiki nilai nilai yang saya kongsikan ini pada tahun yang akan datang.



Saturday, December 13, 2008

RABI'ATUL ADAWIAH

RABI'AH binti Ismail Al-Adawiyah tergolong Wanita Sufi yang paling terkenal dalam sejarah islam. Dia Satu satunya wanita yang telah membentuk pengejaran dan penujuan sufi yang tertentu.Dan dia telah mencapai tingkat makrifat tertinggi di dalam sufisme, sehinga ramai daripada golongan orang orang sufi yang besar datang menziarahinya dan meminta fatwa tentang sufisme kepadanya pada zamannya itu.

Mari Kita kembali kebelakang sedikit kebelakang untuk kita melihat abad hijrah yang pertama yang pada ketika itu sudah hampir akan lenyap. Keadaan orang ramai sudah berubah, dan meraka kini telah tertarik kepada dunia dan kepada harta kekayan dunia.Pecampuran meraka semakin luas, maka dengan itu mulalah muncul bermacam macam bid'ah dan munkar yang tidak pernah di kenal pada masa masa sebelum itu.Orang ramai telah berlumba lumba mencari kekayan sebab itu kejahatan semakin tersebar di mana mana. Perkerjaan bernyanyi dan menari ataupun apa saja yang dapat menghiburkan semakin diagung-agungkan orang. Dengan itu ketajaman iman mula tumpul dan zaman orang orang berkeadan wara' qana'ah dan hidup serba mudah dan sederhana sudah hampir lenyap sama sekali.

Akan tetapi Allah s.w.t telah memelihara sebilangan dari kaum muslimin agar meraka tiada terjerumus ke dalam kefitnahan dunia ini.Sama ada meraka tercebur ke dalam tipudaya para pemerintah mahupun kepada kegiatan manusia ramai. Meraka telah di pimpin oleh Allah ta'ala untuk menuju ke jalanya untuk mencari kebersihan diri serta menjauhkannya daripada urusan dunia, kerana takutkan dia kana menarik kepada kemewahan hidup di dalamnya.
Saiz fon
Sebaik baik saja abad hijrah ke dua muncul, maka Iraq telah menjadi sebuah pusat mewah, dan bashrah menjadi kota yang banyak kemewahan dan keborosan. Di sana telah terdapat rumah rumah yang disediakan untuk hiburan dan permainan nafsu. Gedung Gedung dan istana istana telah dipenuhi dengan wanita wanita lacur dan anak muda amrad, dan pendek kata penyelewengan hidup telah meratai semua lapangan kehidupan dan masyarakat umumnya.

Pada waktu subuh yang shahdu saat cahaya fajar keperak perakkan muncul dari ufuk timur, bintang bintang pun masih menampakkan diri nun jauh di balik awan, dan hembusan bayu dini hari sesekali menerpa dedaun pokok kurma dan zaitun. Dunia dan seluruh pengisinya seolah olah sedang diliputi kenyamanan dan ketenangan.Pada saat itu lahirlah seorang bayi ke dunia yang di beri naman Rabi'ah oleh ayahnya. Bertambah satu lagi jumlah penghuni bumi. Terbuktilah tuhan masih menghendaki penerusan zuriat adam di dalam alam mayafana ini.

Pada waktu itu kedua dua ibu bapa rabi'ah sedang di uji oleh Allah; kemisikinan bercokol di bumbung gubuk meraka yang sudah tua.Meraka miskin daripada meteri dalam segala serba serbinya.

Mentari pagi kini telah memancarkan sinarn. Ibu Rabi'ah menatap ke ufuk timur menyaksikan sinar kehidupan baru besifat dari hujung dunia. Harapan demi harapan hidup dalam dirinya semoga hari ini lebih baik dari hari kelmarin. Ketika menungan yang panjang itu lah tiba tiba dia mendenger tangisan si kecil yang malang. Rabi'ah menagnis! kakak kakak nya terbangun dari tidur dan meraka saling berebut mendakati si kecil Rabi'ah. Meraka meciumnya dan mempermaikanya dengan sapaan yang melambangkan kecintaan yakni cinta kakak terhadap adiknya.

Ayahnya ialah seorang yang berkerja sebagai untuk menyeberangkan manusia di dalam sebuah sampan antara dua tebing Dijlah.Orangnya sangat bertaqwa terseingkir dari segala mata benda dunia, akan tetapi rohaninya meluap luap dengan keimanan, tidak pernah lelah dari pada beribadat kepada Allah dan lisannya tidak pernah berhenti bertasbih kepada Allah sehinggalah dia di kenali orang di situ sebagai Al- Abid, yakni orang yang banyak peribadatannya.

Ayah Rabi'ah ismail sudah terbiasa membaca lima juzuk alquran sesudah solat isyak, sudah itu baru dia tidur sebentar dan bangun lagi untuk melakukan solat Tahajud dan dia tidak tidur sehinggalah terbit fajar tanda masuknya subuh.

ketika Ismail tidur pada malam itu dia melihat Rasulullah s.a.w dengan wajah yang berseri seri bagaikan bulan purnama pada waktu malam tidak berkabut awan. Nabi Muhamad menyampaikan beberapa kalimat yang menjelaskan kedudukan rabi'ah di sisi Allah. Sesudah itu ismail terjaga dari tidurnya dan kedukaan hatinya yang selama ini telah hilang, sebaliknya kini amat bergembira.
Adapun kalimat yang disebutkan oleh Nabi Muhamad padanya ialah:

Janganlah engkau berdukacita kerana anakmu yang baru lahir itu bakal menjadi orang yang terhormat di belakang hari.dan sesunguhnya syafaatnya di harapkan oleh 70,000 umatku.


Itu lah sedikit kisah Rabi'ah,
Seorang wanita yang paling warak dan zuhud, wanita yang mendapat taraf wali Allah. Tidak belebihan Rabiah adalah wanita yang paling cinta dan taat pada Allah dan Rasulnya yang pernah hidup selepas contoh teladan dan ikutan ummahatul mukminin.Selama lebih 80 tahun kehidupan Rabi'ah sentiasa penuh dengan zikir kepada allah. angota badannya kurus kering kerana malamnya penuh dengan tahajud dan munajat. siangnya penuh dengan puasa dan mejlis ilmu dan hikmat.Makanannya cukup dengan sepotong roti kering sekadar penganjal perut. kadangkala jika Rabi'ah berbuka puasa cukup dengan sebiji kurma.


insyaallah saya akan isikan lagi bahan bahan yang indah untuk pembaca, dan unutk jiwa yang dahagakan kisah kisah cinta pada Allah.

Mengenal sahabat Nabi Muhamad S.A.W Yang Bernama Abdul Rahman bin Auf

Assalamualaikum

Apa kabar para pembaca.harap sajian tentang cinta yang saya paparkan dapat memenuhi kefaham tentang cinta anda. Memang belum lagi habis bicara saya tentang cinta. Saya akan sambung tpic citna di hari lain. Pelik ya! Malam ini saya letih tapi mata saya tidak dapat tidur. Mungkin kerana hati masih belum memyempurnakan kandungan yang patut saya isikan di dalam blog saya yang daif ini.

Sebelum saya melelapkan mata untuk berehat ada baiknya kita berkenalan dengan salah seorang sahabat NABI MUHAMAD S.A.W yang masuk surga dan jika di izinkan jugak kita akan berkenalan dengan salah seorang tokoh wanita terbilang dalam islam. Kedua dua orang ini dari buku 10 sahabat yang masuk surga dan 100 tokoh wanita terbilang.


Saya berminta pada salah seorang sahabat yang bernama ABDUL RAHMAN BIN AUF

Beliau Pernah di beri pujian Sebagai ‘ Orang Yang Di percayai di Bumi dan orang yang dipercayai di langit’ dan bukankah ini merupakan penghargaan yang paling besar, yang pernah di dapati oleh seseorang.

Allah jugak pernah menurunkan firmanya mengenai orang ini, ia itu sebagaiman yang berbunyi dalam surah AL-AHZAB: 23, yang berarti: Di antara orang orang mukminin itu ada orang orang yang menepati apayang telah meraka janjikan kepada Allah, maka di antara meraka ada yang gugur di medan perang, dan ada yang menungu nuungu dan meraka tidak sedikit pun mengubah janjinya.



Itu lah Abdul Rahman bin Auf , salah seorang yang di janjikan Nabi akan menduduki surga. Dia sebagai seorang yang amat pemurah dan tangannya sentiasa terbuka untuk berbakti pada jalan allah dalam apa cara sekalipun, terkenal dalam masyarakat sebagai saudagar yang selalu memperdagangkan hartanya untuk kepentingan muslimin, kerana dia tahu bagaimana bersukur kepada Allah ta’ala atas nikmat kekayan yang di berikan kekayaan kepadanya. Lalu dia hamburkan berapa saja hartanya untuk jihad di sabilillah,



Dan untuk kaum fakir miskin namun begitu hartanya tidak pernah berkurangan malah semakin betambah terus sehinga ia terkenal sebagai seorang yang terkaya sekali di negeri madinah itu.


  • Nama: Abdul Rahman bin Auf bin Abdul Haris bin Zurah bun Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ai Al-Qurasyi Az- Zuhrah .
  • T. lahir: setelah berlalu sepuluh tahun dari tahun gajah dalam kabilah zurah bin kilab
  • Berwatak bijaksana dari didikan ibu bapanya dalam serba serbinya.
  • Sifatnya pemberian,dermawan dan selalu setia, tidak suka menyalahi janji
  • Mengenal islam melalui Abu baker As- shiddiq
  • Memeluk agama islam dengan tidak banyak bicara


Kerana tokoh tokoh ini mengetahui benar masyarakat meraka sedang dalam kirisis moral yang hanya dapat di perbaiki menerusi satu kepercayaan yang dapat menghapuskan keburukan jiwa dan keburukan pemikiran dan kelakuan.

Cinta Cinta Cinta

Assalamualaikum para pembaca

Malam ini mari kita bicara tentang cinta. Apa kah makna CInta dan kenapa ada cinta dan untuk sapakah cinta. Terlalu banyak Huraian Tentang CINTA!! hingga manusia tercari cari cinta. Menagih cinta, mengharap cinta,mati kerana cinta. Tapi persoalan yang sering kita terlepas pandang, pengorbanan cinta itu untuk siapa dan kepada siapa.

Mari kita tengok sejarah tentang dashyatnya cinta kepada manusia

KIsah yang tak asing lagi.

Cinta itu Kuasa yang luar biasa kerana mampu membuat seseorang melakukan sesuatu yang tidak terfikir oleh akal. Qois mati mendakap nisan Laila, sapo dalam dongengan Yunani sanggup terjun dari puncak karang yang tinggi kerana berat menangung rindu dan cinta, Rama sangup berkorban apa saja demi Sita, Shah Jehan membina tajmahal sebagai Bukti cinta kepada istrinya,
kisah laila dan majnun serta romeo dan juliet membuktikannya. di petik dari buku psikologi cinta

Inilah kisah kisah cinta yang sering dipaparkan. persaan yang amat kuat terhadap seseorang hingga melakukan sesuatu yang mengakibatkan banyak kepada keburukan dan kurang kepada kebaikan. sperti Qois mati akibat cita kerana terjun dari karang yang tinggi.satu pengorbanan yang sia sia. rama yang berkorban segala galanya demi cintanya pada sita tapi tidak mendatangkan apa apa di akhirnya. Pembinaan tajmahal sebagai bukticinta daripada shahjeha kepada laila ahirnya tajmahal hanya temnpat cantik untuk pelancongan. Inilah pengorbanan manusia kepada manusia dalam cinta yang tak memberi banyak erti.

Cinta Terbahagi kepada tiga definisi yang berbeza

  1. Definisi Cinta dari barat
  2. Definisi cinta menurut Alquran
  3. Definisi Cinta menurut Sunnah
Erti Cinta Menurut barat

Robert j. sternberg menggambarkan cinta sebagai perhubungan dalam teori tiga segi cinta atau the theory of triangular of love yang melibatkan komponen keintiman (intimacy) Nafsu (passion) dan komitmen ( commitment) menurutnya cinta adalah hubungan dinamik yang mementingkan kebahgiaan dan persefahaman sepanjang perhubungan tersebut.
Stanberg dan garjek (1984) mengenal pasti sepuluh tanda keintiman dalam pasangan

  1. kesunguhan untuk menjaga kebajikan kekaksih
  2. menikmati kegembiran bersama kekasih
  3. mempunyai pandangan yang tinggi terhadap kekasih
  4. boleh bergantung terhadap kekasih di saat memerukan
  5. Persafaham yang mendalam di antara satu sama lain
  6. Berkongsi masa dan harta bersama kekasih
  7. Menerima sokongan emosi kepada kekasih
  8. Memberi sokongan emosi kepada kekasih
  9. Mempunyai komunikasi intim bersama kekasih
  10. Menghargai kehadiran kekasih di dalam hidupnya
Kompenen nafsu melibatkan dorongan ke arah hubangan yang romantik, tarikan fizikal dan kemahuan seksual antara pasangan kekasih. Selain itu ia turut melibatkan estim diri dan menguasai kekasih atau taat kepada kemahuan pasanganya.

Menurut Therodore Reik, cinta adalah perjuangan untuk menyempurnakan diri, memenuhi ego ideal yang di cita citakan.
Mortimer Adler mempercayai cinta adalah keingainan yang baik, memikirkan perkara yang baik terhadap orang lain dan mengharap yang terbaik untuk meraka.

Hari ini kita di kelirukan oleh sarjana barat yang kerap mengaitkan cinta dengan hubungan fizikal, sama ada cinta romantik atau pun tarikan seksual.Buktinya ada jenis jenis cinta yang di persembahkan dalam tayangan televisyen dan pawagam, darama dan lakunan terbitan barat. Definisi cinta oleh serjana barat secara amnya melibatkan hubungan sesama manusia dan jarang sekali menyentuh soal ketuhanan.Pada hakikatnya, Konsep Cinta yang di hindangkan oleh barat adalah menyempang dari pada ajaran islam yang sebenar
.

Cinta orang barat
  • Semakin anda cantik dan tampan makin ramai orang jatuh cinta
  • Tarikan fizikal amat penting
  • Cinta sentiasa di sulami dengan hubungan seks
  • Cinta bagaikan bertukar baju sukar di temui kesetian
  • Bergantung harap kepada orang yang di cintai, tiada kepada Tuhan
tunggu lagi aa.. sambunganya..
teguran yang membimbing amat di hargai melalui email saya
mrzero165@hotmail.com



Friday, December 12, 2008

kembalifitrah, Taat perintah allah cara rasulullah

Assalamualaikum

Untuk berjaya dalam kehidupan kita mesti mengenal Kekuatan Diri kita.
Ada tiga Perkara dalam diri Kita yang amat penting dan harus kita kenali dan perbaiki serta.

Allah kurniakan kita

  1. Minda
  2. Jasmani
  3. Rohani
Deganan mengenali kekuatan yang Allah anugrahkan ia itu minda, jasmani dan rohani mudahlah kita mengorak langakah dan menggunakn kekuatan ini.

Pertama adalah minda
1.
Minda adalah anugrah Allah hanya kepada manusia. Dengan Minda manusia berfikir tentang kebaikan dan keburukan. hanya untuk menjadikan minda sihat, dalam islam adalah amat mudah. Ia itu hanya dengan Bersangka Baik Kepada Allah Dan Rasulullah dan umat Nabi Muhamad s.a.w. Atau cara yang selalu di gunakan oleh barat, dengan berfikir positive dan dengan memakan makanan untuk minda seperti kismis dan kurma.

2. Jasmani atau angota tubuh badan. Allah menganugrahkan kita sebaik baik kelengkapan berupan tubuh badan. dan hanya kita lah yang perlu menjaga pemberian Allah ini, dengan menjaga makan dan minum, terutamanya apa yang kita masukan kedalam badan kita, adakahhalal atau haram. dan mengekalkan hidup sihat. Islam amat menganjurkan umatnya supaya sintiasa sihat dan cara islam adalah cara yang terbaik. Dengan memperbanykakan puasa sunat dan bersenam. Nabi muhamad menyukai seni, di antara seni yang di minati adalah memanah dan mempertahankan diri, sukan berkuda,memanah dan juga berenang adalah bagus untuk kita.

3. Rohani atau pun hati, Allah telah menganugrahkan kita hati dan hati ini hanya mesti di isikan dengan zikir, baca Quran dan maknanya, solat dan solat malam, berzikir, bergaul dengan ulama dan puasa serta mengingati mati. inilah santapan untuk jiwa rohani kita. yang sering kali kita terlapas pandang.Dengan membuat perkara ini saja hati akan lembut dan sensetive pada kebesaran Allah.

Ini lah dia awda islam telah menyediakan kepada kita bagaiman untuk berjaya dalam kehidupan dengan mengenal anugrah Allah yang ada pada kita. ia itu MINDA, JASMANI dan ROHANI. dan bagaiman cara untuk memperkukuhkan dan menajamkannya dari segi islam. Di isi dengan kisah kisah teladan dalam islam dan mengenal tokoh tokoh islam yang telah mengegar dunia.