BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 22, 2009

Satu perkongsian


Alim, Jahil Dan Punca Ilmu

Assalaamualaikum dan salam hormat.

Sebelum penulis membawa pembaca ke medan sebenar ilmu ketuhanan ini, hendaklah diketahui apakah erti ilmu, jahil dan apakah punca ilmu. Hal ini harus diketahui kerana ia berkait dalam tempat tilik tuju sifat ilmu ALLah Taala kelak.

Erti ilmu dan alim

Erti ilmu ialah pengetahuan. Alim ertinya yang berilmu. Ilmu ertinya mengetahui akan sesuatu maklumat atau sesuatu perkara.

Orang yang mengenal sesuatu disebut orang yang berilmu. Maka ilmu dan makrifat (mengenal) adalah bersamaan bagi manusia.

Namun wajib bagi ALLah Taala berilmu tetapi tiada wajib bagiNya makrifat. Kerana makrifat bermula dengan jahil, kemudian dengan proses pembelajaran menjadi alim. Maka adalah bagi ALLah Taala itu Alimin tetapi tidak Arifin atas kaedah ini.

Erti jahil dan pembahagiannya

Maka lawan bagi alim itu ialah jahil iaitu bodoh. Bodoh ertinya tidak mengetahui sesuatu apapun.

Adapun jahil itu terbahagi kepada dua perkara iaitu jahil tunggal (mufrad) dan jahil bersusun (murakkab). Jahil tunggal bermaksud sesorang itu jahil akasesuatu dan ia mengetahui dirinya jahil. Dana jahil murakkab pula ialah seseorang itu jahil akan sesuatu tetapi dia tidak tahu dirinya jahil. Ertinya beza jahil tunggal dan jahil bersusun ialah tahu atai tidaknya ia bahawa dirinya jahil.

Antara dua jahil itu, yang paling hina ialah jahil bersusun. Mengapa dikatakan jahil bersusun itu telebih hina dari jahil tunggal? Iaitu kerana seseorang itu memperkatakan dan beriktiqadkan sesuatu tetapi bersalahan dengan yang sebenarnya, dan dia pula tidak tahu apa yang diperkatakan dan diiktiqadkannya adalah bersalahan dengan yang sebenarnya. Apakah kebenaran? Ia telah dijelaskan pada hal Hakikat Kebenaran iaitu pasal pertama bab tauhid ini. Silalah rujuk kesana.

Punca ilmu yakni pengetahuan akan sesuatu

Punca bagi ilmu adalah tiga perkara iaitu khabar yang benar dari ALLah Taala dan RsulNya, dari akal yang jernih dan dari pancaindera yang sempurna.

Adapun punca ilmu dari ALLah dan Rasul itu ialah dari kitab suci yang datang dari ALLah Taala melalui lidah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Al-Quran menjelaskan hakikat ketuhanan yang tuntas dan sebenarnya. Al-Quran juga mmebersihkan iktiqad sdari iktiqad yang kabur dan sesat. Al-Quran, adalah sebuah kitab tanda bagi punca-punca ilmu. Banyak sekali ilmu-ilmu zaman moden ini telah disebut didalam al-Quran. Contoh teori bing bang yang diwar-warkan sebagai ilmu terkini tentang bagaimana terjadinya alam semesta telah dijelaskan oleh al-Quran dalam surah al-Buruj. Demikian juga ilmu tentang cakerawala, ilmu perubatan, ilmu perrtanian dan lain-lain semuanya disebut di dalam al-Quran samada secara langsung mahupun tidak langsung. Ia sekadar contoh sederhana, jika mahu menjelaskannya perlulah di tulis dalam bab yang khusus.

Adapun punca ilmu dari akal yang jerrnih adalah dengan cara mempergunakan akal itu pada tempatnya yang betul. Akal menolak perkara mustahil dan menerima perkara yang wajib dan harus pada norma kewajaran kejadian. Contohnya akal tidak akan menerima manusia adalah Tuhan, lembu adalah Tuhan atau Tuhan sesuatu yang abstrak. Maka akal yang digunakan kepada tempat syaratnya yang betul itu, akan menghasilkan suatu kesimpulan yang tuntas dan benar total. Hujah adalah syarat akal. Bukti sokongan adalah memperkuatkan hujah untuk membuktikan ilmu itu benar. Maka mengimani sesuatu ilmu yang diluar syarat dan kewajaran akal serta kejadian bukanlah ilmu tetapi hanya angan-angan semata-mata.

Adapun punca ilmu dari pancaindera yang lima adalah punca ilmu secara tabi’e. Ia adalah puca ilmu yang tulin pada kejadian diri peribadi. Ertinya mata melihat susuatu maka dia mempercayai apa yang dilihatnya, telinga mendengar suara maka dia mempercyai apa yang didengarnya, tangan merasa maka dia mempercyai apa yang dirasanya, hidung mencium maka dia mempercayai bau yang dihidunya, lidah makan makanan maka dia mempercayai rasa makanannya, deria tubuh merasa sejuk atau panas maka dia percaya hawa yang dirasanya. Maka apa yang dipercayai dengan bukti pancainderranya itu menjadi ilmu tulin pada kejadian diri peribadi.

Selanjutnya, dengan ketiga-tiga punca ilmu itu juga membuahkan ilmu zaman moden ini. Kerrana penemuan moden tidaklah akan didapati melainkan dengan kajian dan memerah otak. Maka memerah akal itu termasuk di dalam punca ilmu dari akal yang sempurna. Kajian dan penemuan baru juga melibatkan punca ilmu diri perribadi. Kerana tanpa mata, tangan dan daya diri adalah mustahil dapat melakukan gerak kajian.

Punca ilmu yang diperkatakan di atas adalah bagi makhluk manusia. Ia harus difahami dengan sebaiknya kerna jika tanpa pemahaman yang sempurna, maka akan sukarlah untuk memahami hakikat sifat ILmu ALLah Taala pada perbahasan akan datang.

0 comments: