BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 14, 2010

Hidup itu mudah

Asalamualaikum .
malam ani terlintas di kepala ku pertanyaan seorang remaja yang amat baik. Mrzero macam mana cara kan melupakan kekasih lama ah? owh aku tersenyum dan hati berbisik! hehe macam aku masa remaja dulu!! aku inda salahkan perempuan ani, apa yang di laluinya dalam hidup adalah untuk mendidik ia dan membersihkan hatinya.. cuma perlu sedikit guide lah.

Aku pun berfikir dan melihat pada diri yang hina ani. melihat pada perjalanan yang pernah ku tempuhi untuk menjawab soalanya. Aku tanya ia kenapa payah melupakan seseorang? ia inda menjawab dengan jelas. itu lah hati kan.

nasihat ku arahnya mudah. 1. Banyakkan istighfar 2. selawat . 3. solat taubat kena buat selalu.. minimum sehari dua rakaat.dan lapas solat taubat baca istighfar 100 kali kah. or paling kurang 11 kali..

Jiwa remaja jika inda di ingau akan terisi oleh mainan iblis, syaitan dan jin. Cara untuk menghindari semua ani dengan berusaha mendekatkan diri pada Allah. hakikatnya hanya Allah yang dapat menghilangkn semua atu. usahanya adalah dengan taat. usahalah kesana :)

Masaalah cemani ani timbul kerana tidak tahu, atau kurang tahu atau tidak mahu tahu tujuan sebenar hidup!! atau mendapat jawapan yang tidak tepat dalam menentukan kehidupan... atu saja kali malam ani.. haha

Tuesday, September 21, 2010

hari baru pelajarannya baru.

Asalamualaikum dan dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha pemurah
Alhamdulilah sukur pada Allah dengan izinya jua saya boleh mengupdate blog saya hari ini, Selawat dan salam keatas Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dan pada keluarga dan sahabat serta pengikutnya hinga di akhir zaman! 

Alhamdulilah hari ini dan kelmarin banyak saya pelajari tentang kehidupan ini.Dalam menuju perjalanan kita yang sementara ini kepada yang kekal nanti, Ada baiknya saya rasa kita memandang sekeliling kita dengan mata hati. Dari pada sentiasa bertanya kenapa aku, saya lebih suka bertanya apa sebabnya Allah izinkan perkara ini berlaku terhadap aku dan watak watak yang menjayakan Qada dan Qadar ini!


Kemarin 20 september 2010. Saya menempuh satu pengalaman baru dalam hidup saya. saya berjumpa dengan orang saya tak kenali di masjid serusup selepas solat Asar. Saya terpandang seseorang yang membuatkan hati saya ingin bertanya siapa gerangan Hamba Allah yang luar biasa ini.Ketika melintas di hadapannya hati saya menyapa dan terzahirlah terguran dari mulut saya! Asalamualaikum tuan? adakah tuan jemaah tabligh dan hendak kemana?Dan dia menjawab." Walaikumsalam saya mahu kemasjid Zainab!" Mashaallah Masid Zainab! jawab saya kehairanan! kerana masjid Zainab terletak di Lumut. 

Tidak tahu apa kah sebab hati saya ringan sangat untuk membantunya dan saya pun setujuu untuk menghantarnya ke masjid Zainab. saya kagum denga orang ini! Dari Awal pertemuan di mulutnya tidak pernah lalai dari menyebut Alhamdulilah, Allah huma sali ala muhammad.

Orangnya berniaga kain pelikat dan minyak harum, dan dia menjualnya jugak pada saya untuk membelinya! tapi saya tak berminat dan mengatakan pada nya saya tak ada wang!. saya cuma nak menghantarnya ke masjid zainab! 

Hairan kan! bejual kain pelikat dan mnyak harum, serta mengofer habatus saudah untuk di niagakan! Mempunyai cahaya muka yang tenang dan saya jugak rasa ilmunya amat banyak! Namanya Gus Ali, orang surabaya! 

Dalam perjalanan saya kagum dengan certia sejarah Nabi muhammad dan sahabat beliau yang di kongsikannya sedikit demi sedikit pada saya. dan setiap ayat yg terkluar dari mulutnya adalah ilmu dan hikmah! Dan dia jugak asyik mendiamkan diri jika cerita habis! 

Jika saya memandang wajahnya dia menundukan mukanya! hati saya bertanya sapa gerangan orang ini! dan sehinga sekarang saya tak mendapat jawapannya! dan saya percaya dia seorang manusia yang sedang berjalan di jalan Allah. Sehinga di mudahkn Allah kemana saja yang di tujunya. 

KeTika sampai di tempat yang di tuju! saya bersalam dan terus belalu. dan di hati saya merasakan ketenangan dan kepuasan dalam kejadian itu. cuma Allah yang tahu apa yang tersirat atas kehendaknya! dan saya yakin ada hikamh yang besar di sebalik semua ini dan ganjaran yang tak terhingga menunggu! 

sedikit cerita bersama Hamba Allah bernama Gus Ali. :) 


Sunday, September 19, 2010

Asalamualaikum

Hmmmm.. lama sudah rasanya inda mengupdatge blog ani! saya dah dapat jawapan terhadap soalan yang saya cari!! saya percaya para pembaca pun banyak soalan dan mencari jawapan dalam kehidupan anda jugak. dan saya yakin jawapan kita banyak tapi dalam hakikat kehidupan sama saja.

Alhamdulilah setakat ini saya berpuas hati dengan apa yang saya tempuhi dan jawapan yang saya perolehi dalam kehidupan ini. Ternyata kehidupan ini amat bermakna untuk di tempuhi dan untuk direnungi! Tapi itu bukan bermakna saya berhenti mencari kebenaran!! mungkin anda bertanya apa yang saya cari!!

Sekarang saya kembali mengisi blog saya. mengkongsikan pengelaman saya menempuh kehidupan! terutamanya dalam memahami erti sebenar kehidupan. Mencari misi dan visi atau tujuan hidup sebenar! selama ini kita terlalu banyak melihat, mendengar tapi tak pernah pun terjawab soalan yang kian bersarang di hati kita!

Sukur Alhamdulilah, dengan kehendaknya jua sayabertemu ramai manusia, dari bermacam bangsa dan kaum, dari dalam dan luar negri! Di sana lah saya melihat keadaan sebenar. mungkin perjalanan saya belum jauh lagi tapi .. saya rasa cukup untuk d kongsikan bersama!

terima kasih pada Allah dan kepada guru guru saya yang sentiasa menbimbing saya dalam perjalanan saya!

Wahai para pembaca blog saya yang tak seindah khias kata kata cerpin ini. Kita sering bertanya Kenapa kenapa kenapa! pecayalah setiap kenapa anda jawapannya akan terpapar di depan mata anda atau di mata hati anda!! cuma masa saja yang menentukan bila!