BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 21, 2010

hari baru pelajarannya baru.

Asalamualaikum dan dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha pemurah
Alhamdulilah sukur pada Allah dengan izinya jua saya boleh mengupdate blog saya hari ini, Selawat dan salam keatas Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dan pada keluarga dan sahabat serta pengikutnya hinga di akhir zaman! 

Alhamdulilah hari ini dan kelmarin banyak saya pelajari tentang kehidupan ini.Dalam menuju perjalanan kita yang sementara ini kepada yang kekal nanti, Ada baiknya saya rasa kita memandang sekeliling kita dengan mata hati. Dari pada sentiasa bertanya kenapa aku, saya lebih suka bertanya apa sebabnya Allah izinkan perkara ini berlaku terhadap aku dan watak watak yang menjayakan Qada dan Qadar ini!


Kemarin 20 september 2010. Saya menempuh satu pengalaman baru dalam hidup saya. saya berjumpa dengan orang saya tak kenali di masjid serusup selepas solat Asar. Saya terpandang seseorang yang membuatkan hati saya ingin bertanya siapa gerangan Hamba Allah yang luar biasa ini.Ketika melintas di hadapannya hati saya menyapa dan terzahirlah terguran dari mulut saya! Asalamualaikum tuan? adakah tuan jemaah tabligh dan hendak kemana?Dan dia menjawab." Walaikumsalam saya mahu kemasjid Zainab!" Mashaallah Masid Zainab! jawab saya kehairanan! kerana masjid Zainab terletak di Lumut. 

Tidak tahu apa kah sebab hati saya ringan sangat untuk membantunya dan saya pun setujuu untuk menghantarnya ke masjid Zainab. saya kagum denga orang ini! Dari Awal pertemuan di mulutnya tidak pernah lalai dari menyebut Alhamdulilah, Allah huma sali ala muhammad.

Orangnya berniaga kain pelikat dan minyak harum, dan dia menjualnya jugak pada saya untuk membelinya! tapi saya tak berminat dan mengatakan pada nya saya tak ada wang!. saya cuma nak menghantarnya ke masjid zainab! 

Hairan kan! bejual kain pelikat dan mnyak harum, serta mengofer habatus saudah untuk di niagakan! Mempunyai cahaya muka yang tenang dan saya jugak rasa ilmunya amat banyak! Namanya Gus Ali, orang surabaya! 

Dalam perjalanan saya kagum dengan certia sejarah Nabi muhammad dan sahabat beliau yang di kongsikannya sedikit demi sedikit pada saya. dan setiap ayat yg terkluar dari mulutnya adalah ilmu dan hikmah! Dan dia jugak asyik mendiamkan diri jika cerita habis! 

Jika saya memandang wajahnya dia menundukan mukanya! hati saya bertanya sapa gerangan orang ini! dan sehinga sekarang saya tak mendapat jawapannya! dan saya percaya dia seorang manusia yang sedang berjalan di jalan Allah. Sehinga di mudahkn Allah kemana saja yang di tujunya. 

KeTika sampai di tempat yang di tuju! saya bersalam dan terus belalu. dan di hati saya merasakan ketenangan dan kepuasan dalam kejadian itu. cuma Allah yang tahu apa yang tersirat atas kehendaknya! dan saya yakin ada hikamh yang besar di sebalik semua ini dan ganjaran yang tak terhingga menunggu! 

sedikit cerita bersama Hamba Allah bernama Gus Ali. :) 


0 comments: