BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 27, 2008

Satu peringatan






Assalamualaikum

Wahai pembaca blog yang di Rahmati Allah, malam ini adalah malam yang terakhir hijrah 1429,esok tika waktu maghrib akan berakhirlah tahun hijrah 1429 dan bermula lah tahun 1430 hijrah.Saya pasti awda telah mempersiapkan diri untuk menyambut sambutan Hijrah 1430.

Wahai para pembaca, amat pilu perasaan malam ini.Terasa sayu dan ingin saja ku lepaskan semua rasa ini dalam blog hari ini, tapi bukan itu tujan blog ini, bukan untuk melepaskn emosi yang terpendam di lubuk hati, pasti ada cara lagi untuk melepasknnya. MOga Allah melindungi kita semua dari hawa nafsu kita.

Siapalah saya untuk semua ini. Saya cuma sekadar untuk memperingatkan diri saya dalam blog ini dan berkongsi rasa ini dengan awda. Hari ini saya membawa tetamu dari kuala lumpur untuk menghadiri mejlis perkahwinan dan balik dari mejlis terus lah saya k Gadong. Ramai muda mudi berkeliaran. Bermacam macam ragam saya lihat, dari segi pakain hinga ke pada akhlak. Nampaknya negri kita tidak ketingalan dalam feshion, Remaja remaja kita semakin berani berpakaian yang mededahkan aurat meraka. Bila kita pandang dari sudut temadun barat nampak satu kemajuan dalam sosial dan kehidupan, nampaknya mudah bagi kita mebiasakan diri kita dengan perubahan zaman dan amat membangakan.Ini pandangan dari sudut idealogi kebanyakn orang sekarang. Tapi mari kita lihat pulak dari sudut HAKIKAT! (dari sudut islam dan pandangan hati) ketika mana perempuan islam tak lagi merasa malu mendedahkan aurat dengan sebab fashion dan ugama serta maruah di letakan di belakan. Apa makan semua ini awda!adakah kemajuan dalam sosial atau pun kemurkaan Allah ta'ala kepada kita.Ini lah penyakit yang Allah campak di hati kita. Penyakit di mana tak ada rasa malu lagi di depan Allah.


Mari kita pandang sekejap ketika saat Rasulullah (Nabi Muhammad s.a.w selawat dan salam keatas baginda) ketika menunaikan haji yang terakhir, turnlah ayat Alquran yang berbunyi : Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu dan aku telah lengkapkan nikmatku keatas kamu dan aku telah redha islam itu bagi kamu sebagai ugama. ketika ayat ini di turunkan Unta yang Nabi kita duduk itu terduduk jatuh, apakala jibril datang membawakan ayat di atas. Bila nabi membacakan ayat ini sahabat sahabt gembira dan mengucapkan tahniah dalam keadaan kegembiraan, tiba tiba ada seorang hamba Allah, yang cukup garang ketika itu yang bernama Omar radhiaallah an hu. Nabi bertanya kepada omar mengapa omar menangis. Omar menjawab bahawasanya kepada titik kita berada kepada ugama yang sudah lengkap tetapi bila ia sudah sampai ke titik kesempurnaan maka di atasitu tidak ada lagi yang lain kecuali satu kemunduran. Umat islam akan tingalkan ajaran islam. Umat islam akan tinggalkan sembahyang. Wanita islam akan Hilang Malu dan mula dedah aurat! ramai nanti anak anak akan jadi derhaka pada mak bapa.umat islam akan kembali menurun akhlaknya dan taatnya. Nabi mengakui firasat Saidina Omar.

Jadi wahai para pembaca, salah satu yang telah terdapat di negara kita adalah penyakit hilang malu dan dah terbukti di depan mata kita, banyak perempuan islam yang mula dedah aurat dan tidak malu. Dimanakh islam yang kita bawa selama ini? Wahai para pembaca jika kita mengakui kita umat Nabi Muhammad s.a.w, marilah kita sama sama melakukan apa yang Nabi Muhammad s.a.w bawa. Taat pada Allah mengikut cara Rasulullah. Di akhir hayat Nabi Muhammad Rasulullah, ketika Baginda nazak, Nabi memangil Umati Umati, Jaga sembahyang dan jaga istri jaga istri! ini lah yang Nabi Muhammad kita pangil ketika nazaknya.

Apakah kita sanggup membiarkan wanita wanita islam kita mendedahkan aurat dan semua ini akan mengundang dosa dan maksiat, Setalah dosa dan maksiat berlaluasa, sendirinya kita mengundang kemurkaan Allah. Bila Allah Murka akan turun la Azab. Banyak penyakit mula merebak di hati kita. Penyakit Wahan( cinta dunia dan takut mati) penyakit hati yang lain seperti sombong! takbur dan ujub serta riak! dan penyakit bertuhankan dunia di hati! tampa kita sedari penyakit ini makin menular di hati umat islam. Marilah wahai para pembaca kita kembali pada Allah. meningalkan semu ini dari hati kita. Marilah para pembaca kita kosongkan hati kita dari dunia yang sia sia ini.Biarlah di hati kita hanya Allah dan bukan nafsu! Biarlah dihati kita tiada berhala berhala halus yang kita tak sedari.

Wahai para pembaca, jika kita mengakui kita umat islam dan umat Nabi MUhamad, s.a.w Marilah kita sama sama memperjuangkan apa yang Nabi kita tinggalkan untuk kita. Mengamalkan segala ilmu yang di sampaikan kepada kita. Marilah wahai khlalifah. KIta membimbing diri kita dan orang orang sekeliling kita, Mari kita selamatkan diri kita dan keluarga kita dari Api Neraka!

Wahai wanita, Bermulanya diri mu dari rusok kiri Nabi Adam! Pujukan mu Memlemahkan Iman Adam memakan Buah terlarang! Kekuatan mu menundukan kaum lelaki Memang di akui. Banyk manusia saling benci dan bunuh membunuh kerana mu wahai wanita! Wahai wanita Engkau lah senjata iblis laknattullah! Dengan diri mu banyak lelaki ternoda dan tergoda kerana istemewanya diri mu Allah ciptakan. Habil dan Qabil bunuh membunuh kerana wanita! Namum Keistmewaan mu setelah datangnya islam, Di angkat tinggi mertabat mu. diciptakn perutmu untuk mengandung bayi, di ciptakn bahu mu mampu memikul beratnya beban mendidik bayi yang lahir dari rahim mu yang di ciptakan khas untuk melahirkan umat islam. Adakah kesucian ini sangup kamu gadaikan kerana Nafsu! Adakah kamu sangup mengandung dan melahirkan anak haram dari Rahim kamu. Semestinya tidak. memang di akui tidak bergoyang pokok tampa angin.! kerana pendedahan aurat kamu lah terangkatnya shawat kaum lelaki. kerana pendadahan aurat kamulah mengila nafsu di dalam diri lelaki.! mengakibatkan zina di sana sini, menyebabkan Rogol di sana sini. Lahirlah anak anak tanpa ayah! Hanya kerana terdedahnya Aurat mu! dengan itu menjadi senjata buat iblis laknatullah untuk menghambat nafsu berahi di dalam dada dada lelaki yang lemah iman.!

Ubat bagi semua ini Hanyalah dengan Kembali kepada Allah, dengan mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan baring. Mari awda kita sama sama berjuang untuk memperbaiki mertabat islam dalam diri kita, dan memohon Pada Allah agar Di kurnia kan iman.

Sabda Nabi Muhammad S.A .W

Allah memberikan dunia ini kepada orang yang dia sukai dan tidak sukai. Tapi Allah memberikan iman kepada yang Allah sukai.

marilah awda kita berzikir, menyebut dan menyeru nama Allah, Asma Allah yang mempunyai 99 nama bermula Dari Ar-rahman, dan marilah kita mengenal Allah dengan nama nama Allah asma ul husna.


Ar - Rahman ( Yang maha Pengasih)

Tuhan maha Pemberi yang memberikan sesuatu kepada ummatNya dengan sebesar-sebesar dan sebanyak banyak pemberian tanpa mengurangi kekayaanNYa. Yang Maha pemurah dengan memastikan kepada dirinya sendiri supaya memberi rahmat.Kepada manusia dianugrahkannya beberapa pemberian istimewa berupa Al-Quran sebagai petunjuk, menciptakan manusia dengan
sebaik baik ciptaan dan mengajarkan bahasa untuk berbicara kemudian diserukan pada manusia untuk berkasih sayang

Maha pemurahnya tuhan dengan rahmatnya dan menciptakan manusia sebaik baik ciptaan, tak ada satupun yang dapat berbuat selain daripadanya. Inilah salah bukti keesaanNYa.

Rashia dan Keistimewaan Nama ini

Sesiapa yang mempunyai Hajat yang suar tertunai. Maka hendaklah ia mandi hari jumaat dan menyebut nama ini ketika masuk masjid serta membacanya di sepanjang masa hinggalah sampai kepada waktu medirikan sembahyang jummat. Insyaallah akan tertunai hajatnya seperti yang di pohonkan.

Wallahu a'lam












0 comments: